Monday, November 30, 2015

Day 9: 03/04/2015 - Last day in NZ. Christchurch


-------------------------------------------------------------
TILL WE MEET AGAIN, NZ
DAY 9: 03/04/2015




My last day in this amazingly beautiful country called New Zealand starts with a heavy rain. I know right? Quite a bummer. So, As usual I woke up earliest, yet again.. and aku terus bersiap sedia dan berkemas for our journey today. Sementara tunggu Nasrul habis bersiap, aku lepak-lepak kat bawah sambil layan persekitaran hostel ni. Bez tunggu aku dekat tangga, nampak masih mamai2 dia di situ. Anjing golden retriever kepunyaan pemilik hostel itu tak kacau orang.. kalau orang lalu dia selamba saja. Comel! Sambil lepak dekat lounge area di bawah, aku buatkan air kopi dan caj powerbank. Tak lama kemudian kitorang makan breakfast sebelum checkout dari hostel. Buat pengetahuan semua, ada di antara hostel di sini yang meminta penghuni untuk menanggalkan sarung bantal dan bedsheet dan letak dekat tempat yang disediakan, selalunya depan kaunter receptionist. Pagi itu, hujan semakin lebat nampaknya.. nasib baik kereta aku park tak jauh sangat pintu hadapan hostel kalau tak kuyuplah nak sampai kereta. Semalam, aku fikir ada juga kemungkinan nak pergi ke pancake rocks kalau ada masa pagi ini.. tapi hujan ini mematahkan sekaligus keinginan nak pergi ke sana lagipun kitorang sudah janji dengan Cameron dari shoestring untuk kembalikan kereta dekat tempat kami ambil hari tu dalam pukul 3pm begitu. Jadi, tak mahulah risiko lambat hantar balik kereta takut nanti dia charge tambahan pula, lagipun kena isi minyak lagi sebelum pulangkan kereta. hmmm...



So, pagi itu kami terus ke arah selatan sebelum masuk ke persimpangan ke Arthur's Pass untuk ke Christchurch. Ada juga laluan Lewis Pass yang terletak di sebelah Utara tetapi dari tripadvisor, orang lebih syorkan Arthur's Pass kerana permandangan yang lebih cantik. So, tentu sekali aku ikut Arthur's Pass untuk pergi Christchurch hari ini. hujan menemani kami pagi itu dan nampaknya hujan ni masih tak tunjuk tanda-tanda akan reda very soon. Permandangan atau tidak dah tak de makna time ni sebab bukannya boleh nampak kat luar kereta. Sekali sekala ada nampak lembu dan biri-biri yang tetap meragut tumput di kiri kanan jalan walaupun dalam keadaan hujan itu. Perjalanan hari ini tak mencabar seperti di Haast- FJG atau ke Milford Sounds. Dalam kurang sejam memandu, hujan mula reda. Permandangan sekeliling pula semakin jelas, padang luas terbentang dan sungai berlatarkan gunung-ganang. Indah sekali dan ini kali terakhir kami akan dihidang dengan permandangan seperti ini. Satu-satunya di New Zealand. Hari semakin cerah, dan matahari semakin jelas kelihatan di sebalik awan (puitis tak? hahaha..) dan di ufuk sana, pelangi muncul entah dari mana seolah-olah mengucapkan selamat jalan kepada kami. Aku tak boleh tidak berhenti ketika ini, permandangan sekeliling pula sesuai untuk ambil gambar bersama pelangi. Kitorang berhenti sebentar di tepi jalan bersebelahan sebuah padang rumput kering untuk mengambil foto. Untuk pengetahuan semua, ada antara fencing ladang di sini dilengkapi dengan renjatan elektrik. Ya, betul.. renjatan elektrik. Jadi, berhati-hati kalau nak pose-pose di tepi fencing kerana anda boleh mendapat pengalaman yang tidak manis. Nasrul terkena renjatan elektrik ketika itu, tak tahu pula sejauh mana sakitnya tapi dia kelihatan agak annoyed selepas itu.





Kami teruskan saja melalui Arthur's Pass dan permandangan seperti biasalah memang sama sahaja pagi itu. Aku nak ulang cerita pun nanti orang bosan baca.. Dalam 3 jam memandu, semakin banyak pagar pokok di tepi jalan.. more and more barns and houses as well. Sedar tak sedar, kitorang sudah pun mendekati Christchurch. Hari pertama di New Zealand kitorang tak sempat jalan pun Christchurch, cuma sekadar beli keperluan di Pak'N'Save Hornby dan isi minyak. Jadi, memang dalam perancangan yang aku telah masukkan dalam itinerary, Christchurch akan kami jelajah pada hari terakhir NZ. Tapi, sebelum kami hampir tiba.. GPS meracau lagi. Dia bawa kami pergi jalan melalui ladang orang masuk jalan berbatu.. Sabor jelah. Selepas masuk balik jalan utama, akhirnya papan tanda "Christchurch" menyambut kami. Sepanjang jalan, rumah-rumah setingkat yang bersaiz sangat kecil di sepanjang jalan. Rumah, rumah, rumah, rumah dan rumah lagi sepanjang jalan, itu yang aku dapat simpulkan. banyak rumah tapi bandar kecik. Kitorang terus pergi airport ketika itu dan rencana aku sampai airport untuk cari stesyen minyak, kemudian hantar kereta. Satu persatu stesyen minyak aku pergi ikut GPS, satu hilang entah ke mana, ditunjuk di GPS tapi tanah kosong di alam nyata dan satu lagi cuma guna kad untuk bayaran. So, aku drive ke arah town dengan harapan ada fuel station on the way ke sana dan berpatah balik ke airport selepas itu.




Dalam 10 minit selepas itu, baru kitorang jumpa fuel station dan terus isi minyak sampai penuh sebab hari tu Cameron hand over kereta kat kami dengan tank yang penuh jadi, telah ditulis dalam perjanjian dalam kertas yang kereta perlu dipulangkan dalam keadaan tangki minyak yang sama dengan semasa hari pertama. Time tu pun dah half tank lebih minyak. Dari fuel station, kami pun pergi airport semula dan jam ketika itu menunjukkan lebih kurang pukul 1 lebih. Awal lagi sebenarnya, tapi aku fikir bila sampai kat tempat letak kereta Shoestring.. perlu lagi nak berkemas barang dan bersihkan kereta sedikit. Di fuel station tadi pun pakcik di situ ada bersihkan cermin depan kereta. Perfect! Tak susah pun nak drive ke airport sebab jalannya straight sahaja. So, kitorang pun sampai di kawasan tempat letak kenderaan Shoestring. Seperti yang aku beritahu dalam entry pertama NZ, tempat aku park kereta ni bukanlah office shoestring kalau judge dari luarannya la. Nampak seperti warehouse airport je.. jadi, aku fishy sikit actually but yang penting kitorang sudah tamat guna kereta sewa di New Zealand and ZERO problems. Alhamdulillah! So, mulalah kami berdua kemas-kemas barang, bagi proper sikit kan.. makanan yang masih ada pun kami bawa dan semua sampah dibuang di tong sampah berdekatan. Dont be a litter bug dan buang sampah tepi jalan saja ya! Selesai berkemas, dan confirm semuanya dah clear, kunci kami drop saja dekat postbox di tepi pagar depan parking seperti yang disuruh Cameron.


Untuk ke airport cuma boleh berjalan kaki saja dari tempat tadi dalam 500 meter ke main terminal..  sedikit keletihan jugak nak mengangkat beg 10kg ni. Sampai je airport, semua bag kami lemparkan atas trolley.. lega wehh.. Rancangan aku, bila dah sampai airport cari tempat untuk simpan beg dan kitorang pula pergi city centre untuk jenjalan sampai malam. Setiba di bangunan utama, kami terus cari tempat simpanan beg yang terletak kat ruang check in counters. Tapi, mereka tutup pukul 6.30 petang. Spoil pula rancangan aku jadi kami pun pergi tempat lain untuk cari tempat duduk dan mencari penyelesaian. Internet di Christchurch adalah free dan unlimited jadi, kami ambil kesempatan itu untuk cuba cari jalan untuk letak bag. Ada juga tempat simpanan bag di town centre yang buka sampai lewat malam tapi Nasrul cadangkan untuk simpan beg di tempat tadi untuk semalaman dan ambil pagi esok. Elok juga cadangan itu cuma aku xpasti berapa dia akan caj untuk storan semlmn?! Tentu mahal, aku rasa. Selepas Nasrul pergi balik kedai tadi bertanya caj yang dikenakan, setiap satu bag cuma $12 sahaja dan kedai akan dibuka semula pada jam 430 pagi esok. Jadi, ok juga lah bayaran yang dikenakan dan kami pergi ke kedai 'Luggage Solution' untuk berbuat demikian.



Sebelum letak bag tadi, kami jalan sekitar airport dan bertanya kepada information counter bertanya tentang luggage storage di airport dan sempat juga bertanya bagaimana untuk pergi ke Town centre dari airport. Seorang receptionist wanita dalam lingkungan 50-an menjawab persoalan kami dengan begitu ramah dan lembut sekali.. siap syorkan kami jalan sedikit ke luar untuk dapatkan harga bus fare yang jauh lebih murah. Dia tunjukkan juga peta melalui ipad untuk menunjukkan dengan lebih jelas lokasi bus stop itu. Untuk tambang bas dari terminal airport, bayaran yang dikenakan untuk ke town centre ialah $8 dan boleh digunakan balik free jika dalam tempoh 2 jam. Tapi, kalau jalan keluar sedikit dari bangunan terminal, bus fee cuma $3.50 sahaja. Jalan sampai roundabout depan airport, pergi jalan yang straight simpang kedua dan ada bus stop di depan hotel Sudima. Dari sini korang naik Purple Line ke Christchurch via Fendalton. So, dengan bahu yang ringan kitorang terus jalan pergi bus stop depan Sudima Hotel itu. Tak lama, bas intervals dalam 15 minit satu bas dan kami pun dah naik bas ke town centre. View on the way, memang rumah sepanjang jalan dengan sekejap-sekejap nampak taman, sekejap-sekejap nampak kedai.. dan bila sampai town centre barulah terasa di Christchurch sebab bangunan-bangunan dia lebih besar dan cantik.

Kitorang berhenti kat tempat semua tourist lain berhenti.. di tepi sebuah sungai tapi sebelah kanan mengarah ke cathedral square, tempat paling ikonik kat Christchurch ni. Tapi sebelum ke sana kitorang decided nak cari bus terminal dulu. Tadi sebenarnya bas memang akan lastly berhenti kat terminal kan? Tapi sebab ikut orang kitorang turun tadi. So, nak ke terminal dia kitorang kena jalan lagi ke kanan dan terus saja ikut signboard yang ada di tepi jalan. On the way, kami lalu Re:start Mall, sebuah kawasan yang menempatkan kontainer-kontainer kargo diubahsuai untuk dijadikan ruang komersial. Macam-macamlah ada di sini, dari kedai pakaian hingga ke kedai kopi ada di sini. Meriah jugak di sini dan konsep nya menarik sekali. Kami lalu saja pedestrian mall ini, cukup tengok-tengok sekejap dan terus ke terminal bas. Jalan terus lagi, bas terminal sudah kelihatan tapi tiada bangunan tetap di kawasan terminal cuma ada hentian, dan kontena kargo menempatkan pejabat, ruang informasi dan menunggu. Sampai saja di terminal, kami terus tanya receptionist dekat kaunter seorang wanita tua dan seorang lagi dalam lingkungan 20-an. Tujuan kami untuk bertanya waktu terakhir bas ke airport dan lokasi untuk menunggu dan mereka melayan kami dengan ramah sekali. Jadi, untuk ke airport, seingat aku bas terakhir sekitar jam 1120mlm melalui purple line tunggu di platform D dan ada satu lagi bas boleh guna ke airport tapi yang itu aku tak ingat detailsnya. Untuk kepastian pergi saja ke information counter. Jangan malu dan takut, tanya saja..



Dari terminal kami jalan ke arah Cathedral Square dan melalui kawasan bangunan yang agak tinggi juga tapi Christchurch ini tidaklah sebesar mana dan Bangunannya tidak begitu tinggi. Tapi ianya bandar paling besar di South Island. Kitorang jalan terus saja sampai nampak Cathedral Square serupa macam dalam gambar dari internet. Nak tau macamana rupanya, rajin-rajinlah buat research sebelum datang ke Christchurch. Sebelum kitorang sampai, sebuah tramp pelancong melepasi kami.. tramp tradisional di Christchurch ini digunakan sejak berzaman dahulu. Kalau nak sangat naik tu boleh la bayar tiket tramp tapi untuk kitorang bukan dalam checklist. Setibanya dekat Cathedral Square, paling utama sekali korang akan nampak sebuah arca besi berbentuk obor dengan motif floral tempatan dan Christchurch Cathedral. Disebabkan oleh kejadian gempa bumi pada tahun 2011, Christchurch Cathedral masih melalui proses membaikpulih. Bayangkan dalam tempoh 4 tahun dari kejadian itu, hanya kerja-kerja memasang struktur penyokong sahaja siap untuk mengelak kerosakan yang lebih teruk. Jadi, sehingga hari ini muka hadapan gereja masih tidak dibina semula, tetapi dibiar sahaja sehingga kerja perancangan dilakukan terlebih dahulu. Ada orang yang setuju ianya dibaikpulih tetapi ada pula yang tidak setuju, takut imejnya berubah atau mungkin memburukkan lagi strukturnya yang terjejas. Apapun, aku rasa mereka perlu decide cepat sebab sayang kot biar je ikon bandar ni rosak macam tu saja.











Banyak informasi-informasi berkaitan Cathedral square dan bencana gempa bumi 2011 dipamerkan di sini. Ada juga gambar menunjukkan bangunan yang telah musnah dan gambar skyline sekarang. Sebab itulah dari awal tadi, kawasan town centre ni kelihatan agak suram dan sunyi.. masih lagi lumpuh dari peristiwa itu rasanya. Selain dari Re:start Mall, tiada shopping mall lain yang kelihatan di sini.. yang lainnya ada bangunan tinggi tapi mungkin office building. Selepas cathedral square, kami terus saja jalan tanpa arah di Christchurch.. redah saja. On the journey jenjalan ke arah Avon river, kitorang melalui sebuah taman kecik di mana ada 2 orang tempatan tengah lepak di situ. Salah seorang dari dorang yang berbadan besar datang kat kitorang dan mintak $1.. Umm. "No, no, no.." kata kami berdua sambil chow cepat2 dari area tu. Sah2kan kami tourist terus saja pengemis ni mintak sedekah dari kitorang. Entah-entah dorang ni start mengemis since that earthquake kan? Ye lah, dari tadi kami jalan, area town centre Christchurch memang seolah-olah hilang nyawa, takde life langsung.. and tentu sekali kehidupan orang tempatan sini pun terjejas sekali. Kitorang terus je jalan sehingga tiba di suatu kelompok bangunan warisan, semua bangunan-bangunan di situ mempunyai rekabentuk yang sama. Semakin dekat kitorang kat area tu, ada signboard yang menunjukkan ianya sekolah.. ala-ala hogworth? hahaha.. di belakang sekolah itu, ada sebuah taman yang mana memula kitorang nampak dari jauh. Rupa-rupanya ini Christchurch Botanic Garden. No entrance fee to this garden and its all free of charge. Tempat ni aku rasa memang sesuai sangat untuk families sebab aku boleh imagine orang picnic di sekitar area ni and just relax tengok sekeliling yang dipenuhi flora.






Kitorang datang sini pun sebab takde tempat lain di area town yang boleh lepak2 free dan at least kat sini jugak boleh tengok locals hangout in their local garden. Botanic Garden ni sangat besar area dia dan macam-macam tumbuhan tempatan yang korang boleh tengok dan sentuh di sini. Tapi banyaknya mungkin tumbuhan yang dibawa oleh orang putih bila dorang datang di bumi New Zealand ni.. kira sudah jadi local? Aku rasa ya. Sungai Avon merentasi tengah-tengah kawasan taman dan sepanjang sungai itu sesuai sangat untuk lepak sebab suasana ketenangan yang sesuai sangat dengan hari terakhir di sini buat kitorang. Ada itik dan angsa berenang dalam sungai and sekali sekala ada gondola yang lalu. Masa kitorang di sana, masih awal musim luruh.. jadi ada pokok yang sudah bertukar perang warnanya dan ada yang masih hijau daunnya.. bunga-bunga di sini pula masih kembang dan segar. Lama jugak kami di Botanical Garden hingga hampir ke semua ceruk kami pergi to kill the time in Christchurch. Sekejap-sekejap kami duduk sebentar atau ambil gambar sepanjang laluan di situ. So, dah masa muak dengan suasana taman, kitorang jalan keluar dari area tu and masuk balik ke area streets tempat kitorang bermula tadi. Time ni aku rasa jam menunjukkan dalam pukul 7 pm macam tu, so kitorang berdua ingat sebab last day here, why don't we go get a dinner meal here and maybe coffee. Tapi satu persatu street yang kitorang lalu.. semuanya tutup! Ada pun aku rasa ada nampak bar yang buka. So, terus saja kitorang pergi ke area Re:start yang kitorang pergi awal tadi untuk cekidaut sebab meriah je tengahari tadi dengan tempat makan semua.






Sunyi sepi sekali malam itu, boleh aku katakan dalam 70% kedai sudah tutup di sepanjang jalan. Setibanya di Re:start, pertama sekali, ada bar beer yang buka.. itu pasti. Tapi, kedai-kedai dalam nampaknya banyak yang sudah tutup jugak. Ada satu kawasan, ada konsep food trailer.. ada banyak premis makanan dalam 10 mcmtu tapi cuma satu saja yang buka.. lebanese kebab. Satu-satunya tempat yang aku tengok ramai orang di Christchurch! hahahaha.. Aku rasa semuanya tourist jugak. In this area, kemungkinan besar ini satu-satunya tempat makan luar yang buka.. Sedih bukan? Tapi beggars cannot be choosers.. kebab pun tak kurang enaknya. Tambah lagi ianya Lebanese. Jadi kitorang pun decided to have kebab for dinner. Both of us ordered beef kebab. Ada menu lain jugak dekat food trailer ni including chicken kebab, lamb kebab, vege kebab etc dan harga satu dlm $10. Dulu masa pergi Europe especially bahagian selatan seperti Spain dan Italy, kebab is quite common juga and the price for a kebab then was Euro 2-3 kira dlm 10-15MYR. So, kebab kat sini boleh kira sangat mahallah.. kira double harga Europe! Tapi dah takde option lain dan perut pun dah berkeroncong.. tambah lagi ada duit extra sebelum kitorang meninggalkan bumi kiwi ini, jadi oklah tu kan? Lepas habis makan kitorang cari kopi pulak.. kalau tengahari tadi, ada sebuah kedai kopi kat area dalam sikit. So, kitorang pun carilah kedai tu tapi malangnya coffee shop tutup. Kitorang decided nak cari convenient store di area berdekatan and ada jumpa satu!

Memula ingatkan nak beli kopi dekat sini tapi, mesin kopinya rosak pula masa tu. Disebabkan kiranya hampir semua area kami telah lalu dan semuanya tutup, kitorang pun tanyalah minah counter mana tahu ada kedai kopi yang dia tahu buka masa ni. Minah ala-ala punk berambut pink tu pun jawab dengan malas, kata tak ada.. dia tak tahu. So, Nasrul tanya dia lagi mana Pak'N'Save paling dekat di sini. Dia pun dengan muka dek dia bagitahu jalan terus.. melepasi tepi bus terminal, jalan je terus.. nanti akan nampak Pak'N'Save. So, kitorang pon jalan je ikut kata minah convenient store tu. Jalan punya jalan kitorang terjumpa supermarket, tapi bukan Pak'N'Save.. New World. New World pon boleh.. malas dah nak berjalan jauh lagi. Tujuan datang sini ialah nak beli souvenir untuk kali terakhir! Aku tak berani nak kata dekat mana lagi murah samada dekat Pak'N'Save atau New World sebab ada item yang murah disini dan ada yang lagi mahal. Kalau berbaloi-baloi sangat tu baik sambar terus macam coklat Whittakers aku beli ini kalau tak silap $2 saja berbanding di Malaysia RM20++.. jauh tu beza harga dia. So, shopping di New World malam itu kebanyakkan barang coklat dan ada la beberapa benda-benda lain. Selesai beli barang semua kitorang terus jalan balik ke bas station dan time tu pun sebenarnya kitorang pergi airport lebih awal dari perancangan sebenar.. ingatkan nak naik bas terakhir gitu ke airport tapi, memandangkan dok Christchurch ni pon dan mati kutu baik kitorang pergi airport dan berehat. Dalam pukul 8-9 pm kitorang bergerak ke airport naik bad Purple line. Ini permandangan terakhir New Zealand buat trip ini..



Perjalanan ke airport aku kira ambil masa lebih kurang setengah jam dan masa kitorang pergi airport ada juga tourist lain dalam bas. Untuk jimat, kitorang berhenti di luar airport seberang bus stop masa masa nak pergi town tadi dan harga pula sama. Kalau tak tentu sekali dia caj $8! Tak jauh sangat pun nak ke airport terminal, cuma sejuk je nak berjalan time malam ni. Di airport masa kitorang sampai orang yang bermalam di airport lebih kurang sama jumlah dengan masa sampai hari tu. Kali ni tak sesantai hari itu.. takada yang hampar semua peralatan tidur atas lantai. Mungkin masih awal kot, aku fikir.. Tapi, semakin gelap malam.. masih takda orang berani buat seperti rumah sendiri. Sambil tu, masa nilah digunakan oleh penunggu-penunggu airport untuk caj alatan elektronik, surf internet dan sudah tentunya tidur! Oh! plug malam tu tak berkunci.. Jadi Nasrul dan aku ambil port kerusi tepi tiang yang ada plug tu.. senang sedikit untuk urusan mengecaj. Malam itu, rupa-rupanya pengawal airport lain bertugas dan kali ini memang takda orang duduk atas lantai.. apa lagi tidur. Orang duduk je dia tegur terus. Cuma boleh tidur dalam keadaan duduk sahaja. Aku pulak tak boleh nak tidur sangat malam itu, langsung! So, tidur-tidur ayam lagi di sini sampai jam 4.30 pagi esok.....

2 comments:

Have any queries? I'll try my best to answer them