Wednesday, November 25, 2015

Day 5: 30/03/2015 - Classic Dunedin and Quiet Te Anau


-------------------------------------------------------------
CLASSIC DUNEDIN & QUIET TE ANAU
DAY 5: 30/03/2015

Pagi ini aku bangun paling awal lagi dalam bilik hostel and all the other sleepy heads still in their deep sleep. Tapi hari ini pasti akan jadi macam semalam, drive lagi sejauh beratus-ratus kilometer and so far, setiap destinasi aku kira dalam 5 jam perjalanan termasuklah masa berhenti ambil gambar. Yelah, asians memang gitu.. gambar je keje.. agak narcisistic kalau banding orang putih. Orang putih selamba je ambil gambar permandangan je, kalau adapun selfie, cuma satu dua sahaja. Kelakar bila fikirkan perangai asians dan aku tidak terkecuali. hahahah.. So, ambil kesempatan masa awal ini .. aku terus pergi toilet cepat-cepat sebab toilet ada dua sahaja di sini satu bawah, dan satu di tingkat atas. Tapi tiada saingan pagi itu. Selesai mandi aku terus kejutkan Nasrul dan kemas-kemas barang sebelum menghantar ke kereta yang park di kaki jalan semalam. Siap-siap semua kami breakfast dahulu di pantry hostel ini. I really like this building, an old house converted into hostel.. really rustic and sentimental. More importantly its cheap and free WIFI, what more can you ask for? First stop for today is the steepest street in the world, Baldwin Street. Perjalanan ke Baldwin dari hostel kami cuma dalam 10 minit, agak jauh sedikit dan akan melalui pusat bandar Dunedin on the way ke sana. Dalam perjalanan tu, memang nampak bangunan-bangunan lama di sini yang masih terjaga terutama di pusat bandarnya, Octagon.







Sebentar kemudian kami ternampak sebuah church di tepi jalan tak jauh dari Octagon, aku single mindedly stop tepi jalan untuk ambil gambar sedikit. Xde apa sangat pun dekat situ actually but nak dapatkan feel di kota Dunedin sedikit. Dari area ni ktorang drive lagi dalam arah lurus sahaja melalui deretan rumah-rumah lama. I really like the setting sini, rumah lama dua tingkat kebanyakkannya. Semuanya cantik-cantik dan unik belaka, tapi yang membuatkan ianya begitu special ialah sejarah yang dicerminkan dari reka bentuk rumah-rumah ini. Terus saja jalan, akan ada beberapa trafic light tapi lurus saja. Sampai dihujungnya, jalan akan membelok ke kanan, namanya pun berubah menjadi Bank Street. Belok kiri bila sampai traffic light di simpang empat pertama.. kiri kanan sepanjang jalan rumah yang kebanyakkannya rumah satu tingkat berkonsepkan kecomelan. Be alert dengan signboard Baldwin Street tapi rasanya jelas ditunjukkan arah ke sana. So, masa kitorang sampai rasa macam awal sangat ke ni? Tak ada orang.. ada 2-3 orang tourist lain yang baru start nak daki jalan paling cerun di dunia ini. Kalau buat test JPJ naik bukit sini mesti fail lah! Cerun tak hengat.. jalan pulak kecik. Aku park tak nak dalam sangat kat jalan nanti sebab nak pusing pun susah ni, kalau banyak kereta nanti terpaksa pula aku naik bukit ini! Oh, tidak! tapi kitorang tak jalan naik. Tengok sudah! Tinggi jugak nak capai hujung jalan dia kalau tengok dari bawah.


Tak lama pun kami lepak sini, lepas ambil gambar semua hayati kejap jalan Baldwin Street dan rumah-rumah cantik sekitarnya, kami pun pusing balik ke arah Town Centre. Destinasi seterusnya ialah pergi ke Cadbury Factory untuk beli souvenirs sahaja. Di Cadbury factory dia ada tour juga, tapi, bukan apa kami prioritize untuk trip ni.. rasanya tak berbaloi. Selepas parking betul-betul kat tepi kilang, ini first time aku park kat public carpark kawasan bandar dia boleh dapat dari website council yang berkaitan. Before datang sini lagi aku dah print siap2 zonning carpark bila parking di New Zealand. Kalau tempat aku duduk di Penang dan Kuching, kena beli kupon ikut masa dekat booth council atau kedai terpilih tapi untuk New Zealand.. masukkan ikut bayaran per masa dan resit akan keluar. Resit itu kena tunjuk kat depan dashboard. Parking sini harga $2 sejam (fikirkan balik actually RM6). Jadi, dalam masa satu jam tu kitorang dah plan siap-siap jalan sekitar town melawati tempat-tempat wajib dan akhir sekali shopping souvenir Cadbury.



Jadi kami pun jalan sedikit ke arah belakang bangunan kilang ni je sebab Railway Station cuma dibelakang sahaja. Cukup sekadar menghayati sekejap reka binanya dan ambil gambar dengan ikon bandar ini. Terus sahaja dari Dunedin Railway station jalan lurus melalui Stuart Street akan nampaklah pusat bandar, Octagon. Di sekitar ini ada beberapa bangunan lama seperti City council dia rasanya dan sebuah gereja tersergam di tengah-tengah kota. Ada juga patung pemimipin silam mereka duduk melihat pusat Octagon. Tak lama juga kami di sini, terus pergi balik ke Cadbury factory untuk shopping. hahaha.. pantas bukan! Sambil jalan-jalan sambil sightseeing la persekitaran dan aktiviti penduduk tempatan di sini. Setibanya di kilang Cadbury, sedar tak sedar cuma tinggal baki 15 minit untuk buat keputusan dan beli apa yang difikirkan wajar. Bagi aku mudah sahaja, aku selalunya tiada masalah buat keputusan konkrit pilih barang cenderahati. Kalau menyesal nanti itu, pun aku tiada masalah! So, 15 minit terakhir sebelum resit parking kitorang habis tu digunakan tepat pada masanya. Aku keluar dahulu sebab risau tentang kereta, aku tak mahu kena saman atau yang sewaktu dengannya. Payah! So, by the time I went into the driver seat, an officer was walking across the street. Nasib baik! Hampir-hampir dia nak dekat. Nasrul akhirnya keluar dengan hasil-hasil beliannya dan kami terus bertolak ke Tunnel Beach pula.





Aku sengaja buat pengisian di Dunedin agak padat sebab sebenarnya banyak juga aktiviti yang boleh buat di sini kalau ada banyak masa. Asalnya, aku nak include sekali melihat penguin dan seals di Otago Peninsular tapi selepas bertanya beberapa orang travellers dan locals nampaknya kami tak sempat nak pergilah. Tapi Tunnel Beach yang aku sudah sertakan dalam itinerary itu wajib pergi! Dalam perjalanan ke sana, aku ternampak seorang hitchhiker. Hitchhiker ni maksudnya orang yang tumpang kereta orang untuk sampai ke destinasi. Leceh bukan! Tapi itulah cara paling murah untuk travel dan dapat berkenalan samada dengan travellers juga ataupun locals. Aku jenis yang suka mencuba.. seronok juga mungkin jika dapat tumpangkan orang dan dengar ceritanya.. langkah pertama tengok muka dari jauh, Ok, nampak seperti orang baik. Hahaha.. langkah 2, tanya mana destinasi.. "Tunnel Beach" katanya. Tapi memang dia ada pegang kotak bertulis Tunnel Beach, cuma aku tak perasan. Jadi, George dari Republic Czech bersama-sama kami ke Tunnel Beach pagi itu. Banyak celoteh George dalam kereta. Aku layankan saja sebab menarik juga ceritanya.. Dia datang jauh-jauh semata-mata untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang menuntut di sebuah Universiti di sini.

Dalam 30 minit kemudian, kami akhirnya sampai di Tunnel Beach disambut dengan angin sejuk menerjah seperti biasa. Aku ada baca secara briefly tentang Tunnel beach track ini di Tripadvisor dan mengikut komen yang aku baca perjalanan trekking sangat singkat tapi tak disebut pula berapa lama. Untuk memastikan tempoh sebenar, aku pun tanya George manalah tahu dia tahu kan, "..dalam 1 jam ulang alik" katanya. Aku ingatkan sekejap tu maksudnya 10 minit! Um.. takpa, aku pun tak kisah. Jadi, kami bertiga pun mula berjalan menyelusuri trekking path yang berbatu kelikir itu. Cerun memang tak hengat. Kalau orang tua ni aku tak pasti sesuai ke tak. Kalau pakai basikal ke wheelchair ke memang tak sesuai. Dalam berjalan itu, George sangat rancak bercerita dan aku pun ikut rentak dia, rancak juga! Hahaha.. macam-macam dia bualkan, tentang kampung halamannya di Czech sampai ke imaginasinya mengenai kehidupan. Jumpa aku memang sesuai sangatlah. Nasrul pula sesekali mencelah dan sibuk mengambil gambar. Memang cantik permandangan di sini, menghadap laut. Cliff di sini pula megah berdiri dihempas ombak. wah, puitis tak. Tapi memang itulah yang korang boleh tengok di sini. Sampai di bawah ada macam platform batu semulajadi.






Hampir semua kawasan tanjung batu dilitupi tumbuhan setaraf rumput yang seakan ulat berwarna hijau kemerah-merahan, kelihatan sedikit seperti makhluk asing. Di semua arah, cliff batu berwarna kekuningan berdiri di sepanjang pantai ini dan di gigi air pula ada batu-batuan dan ada juga pantai pasir. Ada jalan terowong bertangga dibina menembusi salah satu batu gergasi ini and korang boleh nampak terowong ni sebaik sampai ke platform batu yang aku cakap tadi. Di gerbang terowong ada tumbuhan yang menghiasi sisi atas. Kalau klaustrophobic tentu berasa agak sempit terowong ini tambah lagi dengan tangganya pula sedikit curam. Dalam 2 minit sudah sampai lah dekat pantai di bawah batu-batu gergasi ini. Semasa refer kepada Tripadvisor, rata-rata kata baik berkunjung ke sini awal pagi kerana pantainya mungkin akan hilang kerana air pasang. Kami pula sampai di sini 11 pagi, sangat lewat tapi pantainya masih kelihatan. Mungkin kami bernasib baik. Apa ada di bawah ini? Tiada apa sangat pun yang ada di sini, cuma lebih dekat dengan air laut dan angle gambar yang berlainan sedikit. Tak lama kemudian kami menaiki balik tangga ke platform batu di atas. Selepas beberapa gambar dan pusing-pusing di situ kami pun naik balik ke tempat parking di atas.



George dan aku masih tak putus-putus berborak, memang banyak idea lah pagi itu dan terima kasih kerana Bahasa Inggeris aku juga yang lancar, senang saja bercakap dengan orang luar. Angkat bakul sekejap. Kalau turun jalan curam macam nak berlari-lari anak ke bawah, naik pula amatlah susah juga tapi disebabkan dibawa berborak, sedar tak sedar sudah sampai di atas. Kadang-kadang aku risau parking di New Zealand.. yelah kawasan very the sunyi takut pulak mana tahu ada orang yang nak curi kereta. Tapi memang selamat so far di sini walau di ceruk mana korang park, asalkan dikunci! Jadi kami bertiga pun bertolak ke arah bandar Dunedin balik. Dalam fikiran aku, nak hantar George kat luar tu saja sebab arah kami berbeza. Tapi George dan Nasrul kata arah sama... aku keliru, sebab aku dah tengok map Dunedin ke Te Anau.. arah berbeza. Tapi aku ikut saja mereka sebab walau pun jauh sedikit drive pun mungkin tidak apa, bolehlah bantu sedikit si George ni. Lagipun, di jalan tadi memang nampak hampir tiada kereta yang lalu. Jadi, aku terus memandu ke arah Dunedin dan selepas agak jauh juga dari Tunnel Beach Track tadi, aku drop George dekat bus stop di tepi jalan.


Kami teruskan lagi perjalanan kami hari ini ke arah Te Anau dalam jam 12 tengahari rasanya. Pada awalnya, keluar dari kawasan Dunedin, permandangan persekitaran memang masih rasa di kawasan penempatan manusia, pekan tetapi lama-kelamaan padang rumput dan gunung ganang mula menunjukkan wajah. Indah seperti biasa.. agak bosan sudah! tapi jika difikirkan bukan setiap hari dapat melihat permandangan seperti ini. Jadi, cubalah nikmati setiap saat ketika berada di sini. Lunch hari itu kami berhenti di Gore di tepi sebuah sungai yang kami pun tak tahu di mana. Sangat candid tempat lunch hari ini kerana main berhenti je tanpa rancangan. Sejuk seperti biasa sebab dekat tepi tasik atau sungai, memang berair mata je makan lunch sebab angin kesejukan. Tak lama kami makan, terus saja kami menuju ke Te Anau.Seperti hari-hari sebelumnya, tempoh perjalanan kami mengambil masa dalam 4 jam hari tu termasuk masa berhenti lunch dan bergambar. As soon as we got in Te Anau, we went to the hostel to check in. Time ni, reception tu kata dia boleh book kan tiket kalau kami nak ke Milford Sound sambil membelek2 fail2 berisi brochure di hadapan mata kami. Kami tertarik.. selepas mata kami memerhati harga cruise yang disediakan, tiada yang kurang dari Jucy Cruise. "Um, it's okay.. we will come here if we have decided to pick which cruise", kata Nasrul. Selesai ambil kunci. letak barang di bilik, kami pun melihat sekitar hostel. tempat-tempat dan fasiliti dia.




Kami kembali semula ke bilik untuk bersiap sedia untuk keluar sekejap melihat Te Anau secara dekat. Kali ini room mate kami untuk malam ini, ada di bilik. Sebelum dia balik bilik tadi aku dan Nasrul tengok-tengok barang dia sedikit.. dan ada sebuah beg seperti beg pemberian sempena suatu kursus di Sabah. "Aku rasa orang Malaysia ni", aku kata kepada Nasrul awal tadi. Sekembalinya kami ke bilik kali ini dia sudah kembali juga. "Hi, my name is Ron. Where are you guys from?" kata Ron memperkenalkan diri. Kami berdua pun juga memperkenalkan diri kami kepada dia' ".. we're from Malaysia.. you from Malaysia?" tanya aku lagi. "Yes, I am. And finally i found Malaysians on my trip!" katanya dengan nada seronok dengan loghat ala-ala New Zealand yang tawar. Ron dari Sabah. Kami pun berbual dalam Bahasa Inggeris sahaja. Buat Nasrul katanya seakan tidak nationalistic saja jika sesama Malaysia dan antara penduduk asal bercakap Inggeris katanya kemudian, semasa berjalan di gigi tasik Te Anau. Aku diam. Aku pun bercakap dalam Bahasa Inggeris bersama-sama teman-teman sekolah semasa sekolah rendah dahulu sebab kami semua berlainan bahasa bangsa dan agama. Malah, masa kecil juga aku fasih berbahasa etnik lain seperti Iban dan Bidayuh kerana kami selalu berpindah randah ke sini sana di Sarawak. Betapa berlainannya pemikiran kita walaupun sama negara, lain negeri aku fikir dalam senyap. Selepas Ron bercerita sedikit tentang dirinya, aku dan Nasrul pun berjalan kaki ke Tasik Te Anau yang terletak tepat di hadapan hostel tempat kami menginap.



Petang itu sedikit panas berbanding hari-hari sebelumnya di bahagian lain yang telah kami lawati. Di Te Anau, tasiknya tidak lah seindah tasik-tasik lain yang kami telah pergi tapi tasiknya jernih.. tidak sebiru Tasik Tekapo. Tidak banyak juga aktiviti yang boleh dibuat di sini tetapi masih juga ramai pelancong yang singgah di sini. This is all because Te Anau adalah pekan yang paling dekat dengan Milford Sound dan Doubtful Sound.. tempat wajib pergi di South Island, New Zealand. Adalah menjadi kelaziman untuk para pelawat yang hendak pergi ke dua tarikan ini untuk menjadikan Te Anau sebagai tempat bermalam sebelum keesokan harinya. Kami tidak terkecuali. Ron went to Doubtful Sounds yesterday katanya dan dia sudah juga pergi trekking di sana. Ke mana? aku tak ingat. Yang aku ingat dia kata dia terjatuh dan demam sejak hari itu. So, he sounds sick and coughing when he talked to us. Kami terus saja berjalan sepanjang gigi tasik dan pusing balik ke arah town centre. Untuk sebuah pekan yang kecil yang kurang tarikannya sendiri, agak banyak juga hotel dan tempat penginapan di sini. Lepas jalan sedikit ke arah town centre, kami berpatah balik ke hostel sebab memang tiada apa hendak dilihat. Cuaca petang itu juga semakin dingin sebaik matahari semakin tidak kelihatan.




Sampai sahaja di hostel, kami terus ambil makanan untuk malam ini di kereta dan terus saja ke kitchen yang terletak di belakang. Agak ramai orang di dapur malam itu kebanyakkannya bercuti dalam kumpulan. Ada satu kumpulan Perancis dan Jerman. Asalnya malam itu kami nak cuci baju, tapi ketika survey kat supermarket, washing power paling kecik pun macam cukup for a week. End up we both decided not to buy it. So, malam ni baju masih tak basuh! LOL. So, ada beberapa orang lain tengah masak kat dapur.. termasuk seorang mamat Jerman yang tetiba tegur aku masa basuh pinggan.
           "Where are you from?" sapanya dengan ramah.
           "I'm from Malaysia. ya"
           "Oh! Malaysia.. I met a Malaysian couple when I was backpacking in South Africa",
            tambahnya lagi.
           "Oh, ok.. cool"
           "They were really nice people"
Aku jawab okay sahaja sebab malam tu mood swing malas nak socializing sebab letih. Conservation ended just like that. Bukan selalu orang putih akan tegur dulu kalau kat hostel, dorang sangat kekwat tapi mungkin kebanyakkan takde kawan Asian tapi konsep malam ini malas nak layan, nasib dia x baik. hahahaha,, Habis sahaja masak nasi Brahim dan telur rebus, kitorang makan dekat dining hall kat sebelah. Boleh tahan nasi Brahim ni! Aku makan perisa nasi goreng kampung dan Nasrul pula makan nasi tomato. Nasrul yang bawa nasi segera ni. Aku tak pernah rasa pun and maybe boleh consider untuk backpacking next time! Aku fikir macam leceh je bawa fancy2 macam beras takut nanti lekat pulak dekat imigresen tapi it got thru. Kitorang last guna dining hall malam itu. Selesai makan, kami pun bersihkan semua pinggan dan segala peralatan yang dah guna. Aku habis dulu dan pergi kat entrance door dining hall sebab tadi macam ternampak area brochure and infos dekat situ termasuklah berkaitan Milford Sound. Aku teringat balik masa aku backpacking kat Europe 7 tahun lepas yang mana ada banyak brochure yang menawarkan kupon discount untuk entry to attractions and lot more deals. Jadi, aku pun browse thru one brochure, ada! Kupon 50% discount for Jucy Milford Sound! Jucy Milford Sound Cruise kebiasaannya $45 jika ambil cruise paling awal pukul 9.15am and on top of that with this coupon we got another 50% for the second ticket. Cantik! Kami terus pulang ke bilik dan siap-siap mandi dan terus tidur. Another early day tomorrow!




No comments:

Post a Comment

Have any queries? I'll try my best to answer them