---------------------------------------------------------
GIDDY UP! KIWILAND
DAY 3: 28/03/2015
DAY 3: 28/03/2015
Kali ini tiket flight aku pegang dengan extra cautious, tak nak tercicir lagi macam kat KLIA2.. phobia. Lepas semuanya settle kat immigration checkup and flight checkup, everything went smoothly and kitorang pun sampai kat departure very early. Masa ni manfaatkan untuk update semua sosial media yang ada sebab internet freeeee... Jam menunjukkan pukul 8.20pm, Jestar lambat sedikit dari masa yang dijadualkan tapi itu tak apa, janji beg kami lepas. Kalau xlepas nahasla nak bayar untuk bawa masuk ataupun buang barang-barang untuk sampai 7kg. Yes, itu plan asal kami.. buang apa yang boleh buang. Dalam otak, aku pikir, "..selimut, towel, megi dengan bekas2 tu semua.." Ada tinggal satu lagi checkpoint tinggal, departure gate! Seorang respondents dari tripadvisor ada kata dia kena cek berat 3 kali, satu masa kat cek in tiket, satu masa kastam dan last sekali departure gate. Dua yang pertama dia lepas, maksudnya kurang atau tepat 7kg. Last sekali masa kat departure gate dia kena charge suruh bayar kerana excess hand carry baggage. Everything holds on to your luck and dia memang malang sedikit hari itu. Masa kami masuk, semua staff Jetstar sangat mesra alam tapi semua sangat santai tak ada mekap tebal, just macam orang biasa saja, jauh sekali dari paras model. So, buat muka selamba lalu satu persatu depan inflight staff, sehingga finish line.. LEGA! beg sepuluh kg berjaya disumbat ke overhead compartment dengan jayanya! Sekarang masa untuk tidur sampai Christchurch.
Flight ke Christchurch menelan masa lebih kurang 3 jam gitu dan perbezaan masa pulak tambah lagi 2 jam dari Sydney. If I didn't come to New Zealand, I would thought New Zealand sangat dekat dengan Sydney maybe dalam 1 jam macam tu, tapi tidak.. 3 JAM. Macam fly dari KLIA2 ke KK macam tu. So, sesampai kat Christchurch masa sudah dekat pukul satu pagi so, memang macam nak pejam dah mata aku. Line immigration memang sangat panjang seperti biasa sebab ada satu lagi flight baru landed before ours. So, we decided to just duduk kat kerusi dekat imigration sebab lebih baik kitorang landing luggage and badan semua dari berbaris panjang. Masa clear immigration memang cepat masa kitorang tu, and by the time dah nak abes queue kitorang terus ke kaunter. Macam di Sydney, staff immigartion sini pun mesra alam, layan macam kawan sekampung, borak-borak sikit. Makcik immigration tu pun kata, "So that was the last flight tonight" aku pun balas, "..and we're the last passengers" dia pun gelak gembira habis shift dengan colleague dia kat sebelah yang umur dalam awal 20-an. And macam Sydney jugak, Every passenger need to fill in the arrival card to NZ, declare apa yang patut semua. Ada beza sedikit kat arrival card ni, bagi aku NZ punya lebih clear sebab dia directly point out food in one of the tick section. So, bagi aku no problemla sebab barang memang forsure lepas. Nasrul pulak aku xpasti sebab dia konsep redah je walaupun ada serunding ayam dan white coffee 3 in 1 (of course white coffee ada bahan tenusu) tapi WAJIB declare dalam Arrival card. End up Nasrul berjaya smuggle semuanya masuk Aussie dan NZ! So far trip ni we were super lucky!
Rancangan malam tu nak overnight je kat airport Christchurch sebab sampai memang dah dalam pukul 2 am campur urusan imigration semua. Jadi memang x berbaloi sekali kalau nak p town sewa bilik kan apatah lagi hotel yang dekat airport? Nak naik teksi p town? Definitely taxi ada harga lewat malam dan pagi karang sudah direncana nak ambik kereta sewa di sekitar area airport jugak dalam jam 7 pagi, tidur kat airport sudahhh! Ramai orang lain yang dah tidur dekat foyer airport masa kitorang sampai. Bermacam gaya tidur ada ada yang tidur atas lantai hampar selimut semua, ada yang tidur terlentang atas kerusi and ada jugak tidur duduk. Benda pertama yang dicari ialah plug sebab handphone camera semua perlu caj untuk day one in NZ! Lepas jalan sekali ushar-ushar sekeliling airport semua plug di tiang-tiang airport ni ada penutup and dikunci pulak penutup tu. Satu kerusi ke kerusi yang lain kitorang pindah randah, kemudian kat tepi vendor machine, ada plug and penutup dia xberkunci! Lepas beberapa saat, elektrik diputuskan kat plug tu. Memang kedekut elektrik ke apa Christchurch Airport ni? Lastly jumpa jugak port nak caj segala macam alat elektronik tak jauh dari vendor machine tu, dekat dinding di belakang sebaris kerusi besi, sebelah emergency exit. Ada 2 set plug point, dua-dua takde penutup like the rest, macam plug biasa dengan lubang aussie NZ lah. Memang sesuai sangat tempat ni sebab gelap sikit and guard xlalu sangat kat area ni. Buat pengetahuan semua, airport ni partially closed dalam masa lebih kurang tengah malam sampai 3.30am keesokan paginya dan ruang berhampiran arrival hall je di buka. Check in area and Departure ditutup.
Kalau ikutkan dari tripadvisor, respondents dekat situ kata pak guard akan berkawal sepanjang masa sampaikan nak tidur selesa memang tak boleh. Tidurlah dalam keadaan duduk sampai pukul 3.30am tapi masa kitorang bermalam pagi tu, konsep nya tidur sesuka hati bahkan ramai je yang tidur baring, terlentang, meniarap atas lantai carpet airport. Pak guard tak berkawal pagi itu tak tahula sebabnya apa tapi memang nasib baik je sepanjang trip ni. Malangnya, both of us end up not sleeping sebab mata xboleh nak lelap walaupun boleh tidur baring. Jadi, sebaik jam 3.30am baru nampak batang hidung pak guard kejutkan semua orang dan seluruh airport pun dibuka operasi. Kebanyakkan orang yang tidur pagi tadi dah pergi departure hall untuk check in flight dorang agaknya. Dengan mata yang berat ini, kitorang ikut sama tengok sebelah bahagian airport yang baru dibuka. More shops here and mainly area check in manakala sebelah atas ada banyak lagi kedai. Sedar, tak sedar (literally) dah pukul 6.45 pagi, time to call up Cameron from Shoestring Car Rental to let him know of our arrival. Masa kat Malaysia lagi dah inform Cameron basically our preferred time for car pick up but since the earliest they can make it is at 7am, so we have no other choice. Anyway, earlier than that maybe we might need to explore NZ for the first time in darkness which is not a good idea.
So, we called Cameron from a public phone right in the Check in hall and from online sources, we found out that its free to make a 1-800 number call from this phone. After that, we waited at a nearby parking building just next to the main airport building as Cameron asked us to. Seconds later he appeared dengan muka yang baru bangun tido.. dan bau nafas dia, azab! hampir2 aku pitam.. dahla aku tak cukup tidur ni. Terus dia drive sampai kat depan main gate besi sebuah kompaun seakan-akan maintenance warehouse sekitar airport dan disitu jugak dia brief dalam kereta semua benda yang perlu untuk pemanduan di New Zealand. "Now, i need your driving license" dia kata.. dan terus dia isi butiran setiap seorang dalam borang di tangan dia. "You dont need the translation of license?" tanya aku sebab awal-awal lagi aku dah sedia research tentang car rental dan sesetengahnya perlukan translation ni. Nasrul pula kata, lesen baru yang plastik sudah tak perlu translation sebab butirannya dalam English. Secara kasarnya, aku simpulkan dorang yang mintak translation tu nak ambik duit kopi je sebab kalau takde translation tu dorang akan caj $20 for extra. Itu yang aku dapat dari online research tetapi lain pula cerita dengan shoestring ni. Baguslah kan, tak perlu nak susah-susah pergi JPJ kalau tahu, tapi dah buat tu siapsedia je lah sekiranya perlu sepanjang memandu di Tanah Kiwi ini.
Selesai semua dokumen, Cameron pun pass a copy of the form aka agreement yang siap dan dia terus masuk ke kawasan warehouse dan masuk dalam sebuah bangunan. Akulah yang akan memandu paling banyak dalam trip ini, itu sudah pasti. Before aku drive ke destinasi pertama kami, aku belek balik buku catatan planning untuk trip kali ini untuk refresh sebentar. Kami sewa kereta Hyundai Getz pada asalnya tapi diberi kereta Nissan Tiida sekali ambil GPS sebagai extra panduan. Lepas aku hidupkan enjin, rupa-rupanya takat minyak full and sebahagian dari regulation Shoestring, minyak perlu diisi sebanyak mana it was handled to renter just as day one of hire semasa pemulangan balik kenderaan. After we got out from the airport area, sepanjang-panjang jalan menghala ke Hornby rumah banglo setingkat kebanyakkannya, di selang taman dan kedai. Before long, kitorang pun arrived kat Pak'N'Save Hornby. Sepi lagi jalan kami time ni, tak banyak kereta pun even kat tempat carpark Pak'N'Save. Pak'N'Save operation time biasanya buka pukul 7am-11pm but mungkin akan berbeza-beza ikut cawangan. Terus kami masuk cari pintu entrance Pak'N'Save, dengan konfidennya aku naik escalator naik tingkat 2 rupa-rupanya salah. Bila turun bawah balik guna escalator yang menghala ke arah lain baru nampak entrance dia. Shopping express je untuk kali ni, sesekali berhenti tengok barang-barang supermarket yang xde kat Malaysia, tengok pricing dia semua. Sambar roti 'budget' berharga 99c, air minum 2 botol besar pam's $1 lebih setiap satu kot, tuna 2 tin 385gm dlm $2, pisang untuk tenaga 2 ulas setiap seorang dan chocolate 89c (mars kalau xsilap). Siap shopping and now good to go, but before that we got ourself coffee to keep us awake.
Ini pengalaman pertama aku drive di negeri orang and maybe terasa tidak begitu kekok sebab pemanduan basically sama.. sebelah kanan. Sepanjang jalan dari Christchurch menuju ke Ashburton dipenuhi barisan pagar pokok menutupi ladang-ladang dibelakang dia. Sesekali ada kerja-kerja upgrade jalan but so far aku kat new zealand bila ada notis macam ni kerja dorang just tabur batu atas jalan. Setiap kali! Takde pulak nampak kerja menurap ke apa. Speed limit kat jalan antara pekan/ bandar lazimnya diletak pada 100 km/j dan akan ada signboard jelas untuk kurangkan kepada kelajuan maksimum di setiap point penting misalnya selekoh, masuk pekan/ bandar, ada kerja-kerja jalan dan sebagainya. Tapi perlu diingatkan supaya memandu ikut peraturan local di sana, supaya segala masalah berkaitan dapat dielakkan.
Ngantuk pun jadi segar bila tengok keindahan New Zealand even though ini baru introduction. Semakin jauh dari Christchurch, pagar pokok mula berkurang berganti dengan padang rumput luas, seluas mata memandang. Belum nampak lagi kambing biri-biri seperti cerita-cerita aku dengar sebelum ini. Mungkin sebab hujan. Yes, masa kami menuju ke arah Ashburton hujan manja turun menyambut kami. hahaha.. tak lebat pun. Sekejap-sekejap ada pekan kecil dan kami pun singgah ambil gambar dan tengok-tengok sekejap then terus blah. Awalnya rancang nak pergi Rakaia Gorge tapi tak ada lah seindah mana dari jalan semasa kami lalu. Sampai di hujung jambatan, ada jalan tak berturap ke arah sungai terus segera aku pusing masuk jalan tu memandangkan takda kereta lalu lalang. Park sekejap, dan kemudiannya plan nak jalan ke Rakaia Gorge la maybe ada angle yang lebih cantik tapi rupa-rupanya jalan ke sungai agak sunyi sepi ala-ala cerita seram. Batal saja sebab tak secantik mana pun. Kecewa dengan hentian pertama, kami terus ke arah Ashburton dan tak lama lepas tu baru la cerah semula. Masa tiba di Ashburton, rancangan aku dalam itinerari wanna have lunch di sini tapi masih awal pula masa tu. Jadi, kami just stroll kejap dan teruskan perjalanan ke arah Fairlie. Pada mulanya tiada niat nak singgah pun Fairlie tapi by this time mata aku tak tertutup tapi macam tau tak bila terlampau mengantuk, mata terbuka tapi setengah tidur. Itu aku rasa. Sekali lagi kitorang berhenti, tapi kali ini lama sikit untuk recharge dan recover sikit. Aku kuatkan lagi dalaman aku push untuk tak mengantuk dan dari situ kitorang terus ke Lake Tekapo!
![]() |
Berhenti kejap kat Fairlie. Pokok besar ni ala landmark pekan ni. |
Macam-macam cara aku nak hilangkan rasa mengantuk dan yang paling utama ialah sesekali tengok ke arah lain selain depan. Lepas tu, makan gula-gula.. aku biasanya tak makan gula-gula but i discovered I could be distracted by the sugary flavour inside my mouth. Makes me think that a sour flavored candy would be a good choice! Another way is to stop and take pictures! Along the way ke Lake Tekapo kami lalu beberapa padang rumput yang luas terbentang ala-ala Lord of The Ring setting. Seriously! Selain dapat simpan kenangan dalam gambar, dapat jugak kurangkan mengantuk. hahahaha. Dalam pukul 2pm kitorang sampai Lake Tekapo yang terkenal dengan tasik biru turqoise dia. Selepas bergambar introduction permandangan Lake Tekapo yang indah itu, we decided to have our lunch first before heading to the other locations. Sejuk lagi kuat angin petang itu, sebab ada pokok yang melindung dari matahari. Habis lunch aku terus memandu sedikit sampai sebuah church kecik di situ, Church of Good Shepherd namanya. Tak jauh dari situ ada statue anjing.. katanya, bagi mengingati jasa anjing membantu orang-orang putih di ladang. Something like that. Church kecik ini ada orang sembahyang di dalam sebab hari ini hari Ahad.
Jalan-jalan tepi tasik kejap tapi perlu berhati-hati sebab batu semulajadi ni kadang-kadang kurang stabil, saiz pun besar kecik, tak tentu. Dari jauh, Tasik Tekapo memang nampak turqoise tapi dari dekat airnya jernih, sedikit turqoise dan sejuk. Angin tak payah nak cakap memang kuat sampai ada ombak di tasik. Sesetengah orang kata, bila sampai ke Lake Tekapo airnya berwarna tak turqoise atau murky tapi kami memang bertuah sekali sebab Lake Tekapo kelihatan hijau marin sejauh mata memandang. Datang sini memang xde activity selain do nothing, enjoy the nature memang tenang jiwa. Tak lama kemudian kami bertolak dari Tekapo menuju ke Tasik Pukaki pulak. Aku tak tahulah dalam perjalanan ke Pukaki aku rasa lama sangat, mata pun mengantuk kembali tapi aku kuatkan jugak.
Sampai je Pukaki terasa macam Tekapo ialah adik yang lebih mesra. Pukaki nampak sama tetapi sukar sikit nak dekati. Puitis tak ayat aku. hmm? hmm? LOL! tapi seriously aku rasa gitu. Mungkin sebab Tasik Pukaki ni banyak cliffs dan tak senang nak mendekati gigi air tapi Lake Tekapo, pesisir dia luas dengan batu-batu kerikil yang rata. Aku start bosan dengan Pukaki, terus aku teringat balik takat minyak yang tinggal dan perancangan esok pula. Dalam 1 bar je tinggal dan sepatutnya isi tadi masa lalu pekan Tekapo. Aku pun masuk sebuah kedai pastry kat tepi tasik untuk bertanya stesyen minyak paling dekat. Dia balas, "There's one in Tekapo, but you can also try in Twizel"."None in Mount Cook or Glentanner?", aku tanya balik. "Nope". Aku rasa terbeban sikit. So, in the end aku decide to drive to Twizel for fuel nak sampai Twizel pun dalam setengah jam then patah balik ke arah Pukaki and akan ada jalan membelok ke kiri dari Twizel akan menunjuk jalan ke Mount Cook ke Glentanner. I did exactly that and Mount Cook mula perlahan muncul dalam pandangan.
Snow cap di puncaknya, ditemani gunung-gunung lain yang aku tak tahu nama mengingatkan aku dengan Switzerland. Switzerland Mini Alps. Tapi permandangan New Zealand aku kira lebih cantik mungkin sebab keadaan semulajadinya yang masih 'Virgin'. Selain itu jalan raya ke arah mount Cook ini ada view tanah lapang yang begitu luas berlatarbelakangkan gunung-ganang membuatnya kelihatan lebih gah. Setibanya di Glentanner, kami terus pergi ke reception untuk check in. Masa pula sudah menunjukkan jam 5.30 petang.. sangat lambat. Bab-bab timing aku memang takut lambat risau tetiba reception kata lepas masa ke apa.. mati aku. Tapi, ada. Hostel dia masuk dalam sikit kena drive sedikit sehingga nampak tiga blok bangunan setingkat. Bilik kami bilik nombor 1 blok tengah. Buat pengetahuan semua, masa cari hostel di area Mount Cook, Glentanner, Pukaki, Tekapo inilah yang paling murah dan oleh sebab itu kami setuju memilih tempat ini. Susah sedikit cari tempat penginapan sini agak terhad. Cuma kurangnya di sini dia tak bagi selimut dan tandas/ tempat mandi dalam 50 meter dari bilik kami. Ada pun tandas di bilik cuma untuk powder room sahaja. Sedang kami unpack barang semua, seorang lelaki mat saleh masuk bilik. Dia bercakap dengan Nasrul, aku tak berminat nak bercakap sekarang sebab aku mengantuk teruks.
"Hi, I'm Alan. What's you guys plan for tomorrow?" tanya dia lagi.
"..we're planning to go to do some trekking at Hooker Valley Track" tiba-tiba aku mencelah.
"I'm going to Mt Mueller trekking. And I think we will start at the same starting point,"
"Is it?"
"Yeah, Is it possible for me to tag along your car tomorrow?" kata Alan dalam slanga Slovenia dia
"Sure, sure,"
![]() |
Lake Pukaki, adik Tekapo |
Dia turut bertanya apa aktiviti kami petang itu tapi aku jawab terus mungkin tidur kerana jelas sekali kami letih. Tapi nampaknya Nasrul ada rancangan lain. Tak lama selepas baring dan rehat sekejap Nasrul pun kata nak pergi jalan-jalan sekitar Glentanner Park Centre ni. Walaupun aku mengantuk, tetapi memang ada juga rasa nak take full opportunity to see the surroundings.. terus aku bangun dan ikut sekali. Kalau tak, rugi jugak.. nanti malam pun nak tidur lagi. So, aku pun ikut pergi dapur slash dining area slash tv area yang terletak 50 meter dari bilik kami. Alan ada di situ tengah makan muesli untuk dinner. Dapur kat Glentanner Park Centre ni pun kena caj $5 untuk gunakan alatan dapur dia. Antara semua hostel yang kami duduk ini antara yang banyak catu keperluan asas sebab tu la murah kot. Selepas puas tengok keliling bangunan ni kami jalan-jalan kat luar pulak. Sekitar kawasan ni nampak sebijik macam set untuk cerita dongeng mat saleh misalnya snow white sebab ada pockets of padang rumput kecil dengan pokok-pokok ala fairytale, juga ada mushroom tumbuh merata tempat dan paling penting arnab berkeliaran sekitar kawasan ini! kejap ada kejap tak ada arnab ni. Sebenarnya kawasan yang ala-ala fairy tale ni tempat campervans but during our stay tak berapa banyak campervans. Difahamkan peak seasons di New Zealand selalunya summer atau winter, spring and fall pula low seasons.
Lebih luas kawasan campervan ni jika dibanding fasiliti hotel & hostel dia, so obviously tempat ni terkenal sebagai tempat campervan. Pusing punya pusing, akhirnya kami nampak Lake Pukaki dari situ. Tapi jauh sangat dari tempat kami dan cuma yang nampak padang batu-batuan di pesisir Lake Pukaki yang luas. Batu-batuan ini stretches dari puncanya di gunung-ganang, salah satunya Mount Cook. Pada musim panas paras air akan meningkat dan batu-batuan ini akan membentuk laluan air turun dari gunung. Malah batu-batu ini jugak berasal dari gunung-ganang yang dibawa air turun. Kelas geografi sekejap. Anyway, semakin dekat kami berjalan ke arah Pukaki, kawasan sekitar yang kurang pokok, tapi semakin banyak rumput dan pokok renek. Time ni la sandflies terbang menyerang muka dan bahagian kulit yang terdedah. Sandflies ni macam nyamuk, bila dia gigit terasa sedikit tajam gigitan dia.. lain macam, lepas tu standardla.. gatal. Memang annoying. Terasa macam jalan nak sampai Lake Pukaki terlalu jauh untuk kami jalan eventhough dah jalan jauh. Lalu, kami decided patah balik ke hostel and have dinner sebab time tu pun dah lebih kurang 7.30pm gitu. Lepas dinner semua, aku terus cuci-cuci muka semua dan terus hanyut dalam tidur nyenyak.
No comments:
Post a Comment
Have any queries? I'll try my best to answer them