Wednesday, November 25, 2015

Day 6: 31/03/2015 - Milford Sound and Queenstown


-------------------------------------------------------------
Milford Sound & Gueenstown
DAY 6: 31/03/2015

Pagi itu paling awal aku bangun dalam pukul 6 pagi.. aku terus turun dari katil dan kejutkan Nasrul yang tidur dekat bawah. Toilet kosong lagi masa itu dan aku yang pertama. Selesai mandi aku balik ke bilik, Nasrul dan Ron pun sudah tiada di bilik, mesti pergi mandi aku fikir. Macam hari-hari biasa lepas selesai je bersiap aku terus pergi kereta susun barang kat bonet kereta. Masa aku pulang ke bilik Ron dan Nasrul pun sudah ada. Aku pun suggest kat Ron yang kitorang boleh drop dia kat tempat bas dia pick up. Dia kata xpayah je sebab bas akan pick up depan tu sahaja. Ron pun pergi dahulu meninggalkan kami dan mintak tolong suruh dropkan kunci kat office reception. Selesai keydrop, kami terus gerak ke Milford Sounds dalam jam 7 pagi. Perjalanan ke Milford Sound akan mengambil masa 2 jam lebih dan itu untuk pemandu yang efficiently fast. Tapi aku sengaja mengatur untuk bertolak lebih awal, just incase. Dalam keadaan gelap gelita itu, kami terus sahaja menyelusuri jalan yang agak selesa, lurus sahaja dan kadangkala berliku-liku. Pagi itu, fog is everywhere sepanjang pemanduan pagi itu. Memang tak nampak jelas permandangan pagi itu cuma nampak sosok sosok bayangan sahaja gunung ganang dan tumbuhan. Tapi tak lama kemudian, matahari mula menampakkan diri perlahan-lahan.



Sedikit demi sedikit hutan dan kadangkala padang rumput di sekeliling semakin kelihatan. Sepanjang jalan akan melalui banyak hutan pokok ala-ala twilight di tepi-tepi jalan mungkin mereka buat di sini. hahahaha.. boleh jadi! Laju juga aku bawa pagi tu tapi masih mengikut kelajuan maksimum New Zealand iaitu 100 km sejam. Perjalanan ke Milford Sound kami sudah rancang untuk tidak singgah langsung ke mana-mana hentian yang ada di sepanjang jalan sebab nak kejar cruise time. Nanti terlepas pulak cruise paling murah pukul 9am. Selepas sejam lebih memandu, jalan jadi semakin cerun naik bukit, tambah lagi berliku sehingga kitorang arrive at a tunnel road. Perlu beware lagi satu, jalan di New Zealand terutamanya di ceruk-ceruk kadangkala ada jambatan one way. Untuk jalan one way, ada signage jalan yang jelas untuk tunjuk korang priority direction ke tidak. Tunnel ni siap ada traffic light lagi sebab laluan cuma one-way sahaja jadi perlulah sabar tunggu sekejap sampai clear untuk dilalui. Tak lama kami tunggu mungkin dalam 15 minit, laluan sudah clear. Tunnel ni aku sangat tabik dekat construction dia sebab obviously, dinding dan ceiling tunnel seperti handmade dan bukanlah guna machine seperti SMART tunnel ye. Agaknya berapa lama nak bina tunnel ni. Tunnel ini turun bukit dan sekejap-sekejap ada kerja-kerja penambaikan jalan yang memerlukan pemandu untuk slowdown sehingga 30 km/ jam.

Tiba di sebelah sana, view lembah terus menyambut kami.. memang magnificient view pagi ini. Jalan seterusnya sangat mencabar.. turun bukit dan berliku tajam. Kenalah ikut had laju yang telah dicatat tepi jalan. Sepanjang jalan selepas itu sama saja dengan sebelah gunung tadi, hutan twilight tapi tak lama drive, mula nampak bangunan sedikit-sedikit menandakan sudah dekat dengan Milford Sound Jetty. Kami terus park di carpark spot yang disediakan. Nampaknya ramai juga yang sudah tiba di sini dan kebanyakkannya campervan. Dari tempat parking perlu lagi berjalan sedikit ke jetty dalam lebih kurang 5 minit. Tempat jetty ini memang proper dan sebaik kitorang melangkah masuk ada banyak pilihan cruise yang boleh dipilih ikut kemahuan masing-masing dan obviously bagi kami haruslah ambil yang paling murah! Jucy Cruise tambah 50% discount. Kami tiba awal pagi itu dalam 20 minit awal. Terus sahaja we both went to Jucy counter to queue for tickets. tak panjang pun queue masa kami tiba dan bila sampai giliran kami, aku terus tanya pasal discount yang aku dapat semalam. Recepetion tu terus kata, " Yes, you can use this. Nothing go to waste eh?" balas minah saleh kaunter tu. Masa yang lebih kami gunakan untuk pergi toilet dan tengok sekitar dalam bangunan jetty. Ada Information board tentang Milford Sound disediakan untuk pengetahuan pelawat. Milford Sound ini rupanya sudah lama jadi tarikan pelancong Eropah pada masa lalu dan juga diduduki oleh Kaum Maori juga.



Lima minit sebelum masa berlepas, penumpang2 mula dibenarkan memasuki cruise. Banyak jugak pelancong bersama kami pagi ini. Cruise ni ada 3 tingkat dan semestinya ramai yang terus pergi tingkat 3 sebab open air so boleh enjoy the 360 view of Milford Sounds. Tapi kami lepak sekejap kat tingkat 2 untuk minum kopi dan makan breakfast. Ye lah, pagi tu tak sempat pun nak prepare breakfast semua lagipun cruise tengah prep up dan belum bergerak lagi. Kopi dan teh free termasuk dalam tiket cruise tapi kalau nak lebih lagi bolehlah beli makanan lain kat kaunter jualan makanan. Selesai breakfast, kami terus naik ke deck paling atas. Semua orang sudah berada di sini. Tak perlu untuk bersesak cop tempat kat deck ni sebab ianya sangat luas dan duduk kat mana pun pasti nampak permandangan sekeliling. Pagi itu agak berawan dan sesetengah gunung ganang sekeliling dilitupi awan. Memang lain dari yang lain permandangan dekat Milford Sound ni seperti tasik di kelilingi gunung. Sesekali dekat gunung ada air terjun menyisip turun dari celah-celah. Celah mana? Itu kena datang sendiri tengok. Sejuk memang tak payah cakaplah, lazimnya kalau ada tasik ke laut ke confirm angin sejuk nak mampos.



Permandangan gunung sahaja sepanjang cruise sampailah kapten cruise umumkan yang cruise akan melalui sebiji batu tempat seals lepak-lepak. Ada dalam 5 ekor seals yang bersantai masa tu semuanya gemuk gemuk belaka, bermalas-malasan atas batu. Tinggi jugak batu tu, tapi seals tu dapat naik duduk kat situ. Tak lama kemudian cruise gerak semula menuju ke arah laut. Nasrul dan aku turun bawah balik untuk minum secawan kopi lagi.. agak banyak juga orang turun minum kopi kali ini. Selepas habis kopi kami pergi ke depan cruise pula di tingkat satu. Masa ni, cruise sudahpun berpusing balik ke arah jetty. Highlight seterusnya ialah air terjun jadi, depan cruise adalah point yang sesuai untuk dapatkan view paling cantik dan upclose. Setibanya di waterfall, cruise pun semakin dekat dengan sisi air.. semakin dekat dan semakin dekat. By this time, semakin ramai yang datang ke depan cruise. Inilah time untuk bergambar. hahaha... memang cantik waterfall ni. Cruise ni pun sangat dekat dengan waterfall hingga dapat rasa drizzle dari waterfall ni. Tak lama kemudian cruise teruskan perjalanan ke jetty dan melalui waterfall yang terakhir tapi, kali ini tak pergi dekat pun. Lalu dari jauh sahaja. Berbaloi jugalah cruise experience yang ditawarkan oleh Jucy ini kerana bukan sahaja minuman tidak terhad yang percuma dan pengalamannya sama sahaja dengan syarikat cruise yang lain.

After finished with the cruise, kami berjalan balik ke tempat carpark kami berhenti seketika di salah satu spot di carpark kerana view agak cantik ke arah Milford Sounds. Tetiba pakcik tua tawarkan diri untuk ambil gambar, loghatnya amerika. Ok je lah walaupun kitorang ok je kalau sekadar selfie pun. Hari ini pelancong Amerika mesra alam lah pula. Atas cruise tadi pun ada makcik (pun American) tawarkan untuk ambil gambar kami berdua. Anyway, bila dah sampai carpark ada sekumpulan orang berkumpul di sekitar kawasan carpark. Ingatkan apa rupanya ada burung kea yang jinak datang makan roti yang diberi oleh pelancong. Sebenarnya tak boleh pegang dan tak boleh bagi makanan kepada burung Kea kerana ianya ditegah oleh kerajaan New Zealand. Boleh didenda kalau ditangkap buat camtu sebab burung Kea ni protected species. Burungnya agak simple warnanya macam olive2 coklat macamtu.. nampak macam kakak tua tapi lain sedikit. Ada burung lain ditepinya, a type of flightless bird seakan ayam kecik yang tu kiranya golongan marhaenlah.. tak protected pon. Sempat juga kami ambil gambar burung Kea dan burung marhaen itu. Tanpa melengahkan masa kami terus jalan balik ke arah Te Anau yang pastinya berliku-liku dan naik bukitlah.. sama saja permandangan balik.. masuk terowong.. dan sebaik keluar terowong disebelah sana aku terus park di kawasan carpark di tepinya. View sini cantik sebab kami berada di tanah yang tinggi melihat ke arah lembah di bawahnya di kelilingi gunung. Point wajib berhenti ambil gambar. Sekejap saja kami di situ.



Perjalanan diteruskan pula dan destinasi kami seterusnya ialah Mirror Lake. Satu demi satu lake kami lalu tapi bukan Mirror Lake sampai kami tiba di satu parking tepi jalan dan berhenti sekejap randomly. Aku selalu buat macam tu, ikut kata hati berhenti randomly. Kami tiba di tasik yang agak luas juga tapi aku tak ingat namanya. Seperti tempat lain, walaupun tak menarik sangat jika dibanding dengan tasik2 yang kitorang lawati sebelum ini, tapi masih juga cantik permandangan sekitarnya. Ambil gambar sedikit dan bergerak semula. Terasa jauh juga perjalanan hari itu mungkin sebab aku bawa lambat sedikit sebab Nasrul suruh perlahan sedikit. Aku tak kisah memandu hingga 100 km/ j tetapi Nasrul sebelah aku ni risau pula.. jadi, aku pun bawa sedikit perlahan hari itu. Aku berhenti lagi bila kami tiba di sebuah kawasan padang rumput kering yang terbuka ala-ala African savannah. Tak terkejut kalau tiba-tiba ada singa sebab memang sebijik. Tak lama juga disitu, kami terus cari Mirror Lake. Masih juga tak lalu-lalu juga. Sudah dekat 2 jam aku drive, barulah kami tiba di Mirror Lake. Apa specialnya Mirror Lake ni? Ha.. namanya mirror sebab air dia memantulkan bayangan permandangan sekitarnya iaitu gunung ganang. Sebabnya aku fikir sebab airnya takde current pun tak seperti lake lain yang berombak bagai tambah pula teduhan pokok ni membantu jugak kalau tak, pasti ianya memantulkan silau matahari semata. Tasik ni takde ombak pun cuma air jernih berwarna turqoise sedikit. Dalam air sekali sekala korang boleh spot ikan sebesar tangan berenang di dasarnya.



Dekat sini dia ada sediakan trail sepanjang tasik ini dan disediakan pula macam information boards untuk penerangan. Jalan dari hujung ke hujung aku dapat simpulkan tasik ni seolah sungai yang terputus, bentuk dia memanjang dan tak lebar pun. Kalau yang terkejar-kejar masa, tak berhenti pun tak apa aku rasa sebab kami ni pun memang banyak masa terbazir sedikit sebab berhenti-henti dan speed yang lebih perlahan. Mirror Lake destinasi terakhir kami sampai balik Te Anau. Yes, untuk pergi mana-mana destinasi seterusnya dari Milford Sounds, memang kena lalu Te Anau. Awalnya ingat nak makan di Queenstown saja atau salah satu pekan dalam perjalanan tapi disebabkan kami lambat, we decided that we just gonna have lunch in Te Anau. So, lepak sebentar di tepi Tasik Te Anau lagi untuk lunch sandwich. Terakhir kalinya tengok lake ni sebelum kami bertolak ke Queenstown. Angin kencang seperti biasa. No wonder takde sorang pun orang putih yang lepak tepi tasik sambil makan meals, kebanyakkan mereka pun makan sandwich tapi dalam kereta sajok! Selesai lunch cepat-cepat saja kami berkemas dan terus bertolak. Aku sebenarnya tak sabar nak pergi Queenstown sebab dari review yang aku baca, pekan ini sangat disukai hampir semua orang. Tapi kami cuma semalam sahaja di sini sebab itinerary yang padat.

Perjalanan petang itu macam biasalah, kadang kala padang rumput kering luas terbentang, kadang kala pula ladang hijau tempat kambing biri-biri meragut. Selepas dalam 2 jam memandu, akhirnya aku nampak Kingston, sebuah pekan kecil di tepi tasik Wakatipu. Di hujung sebelah sana Tasik Wakatipu, ialah Queenstown tapi masa ini kami masih tak nampak bayangan Queenstown lagi. Kena melalui jalan berliku sepanjang tasik Wakatipu ini. Ada beberapa hentian di tepi jalan untuk pelancong menikmati permandangan tasik dan ambil gambar. Kami juga berhenti sekejap sekadar memori dengan permandangan tasik Wakatipu yang gah ini. Kami teruskan lagi perjalanan ke Queenstown dan perlahan-perlahan rumah mula muncul hingga semakin banyak dan semakin banyak. Sebaik tiba, permandangan rumah-rumah yang dibina di lereng-lereng bukit sekitarnya akan menyambut pelancong. Terasa sangat homey persekitaran ini, dikelilingi tasik dan alam semulajadi yang indah. Kami terus saja ke hostel untuk cek in, di Sydney Street. Aku park tepi jalan saja, Free. Queenstown antara tempat yang ada bayaran parking jika di Town centre jadi anda perlulah bayar dan display untuk pemalas berjalan atau boleh saja cari parking berdekatan yang percuma. Tapi kena rajin-rajinlah belek website city council Queenstown untuk mengetahui zonning parking.


Selesai urusan check in, kami pun ke bilik untuk meletakkan barang-barang di katil. Ada seorang gadis di bilik ketika itu dan aku pun menyapa dia. Nama dia Lauren, dari Brazil.. bahagian selatan dan rupanya seperti orang India jika aku tak tanya dia dari mana. Katanya, "I'm currently studying in Sydney so.. now on a short break, I'm spending some time in New Zealand". Ramah orangnya dari cara dia melayan. Tak lama kemudian, kami pun terus jalan kaki saja ke Town centre.. Tak jauh sangat pun.. a bit of walking la, kami berdua tak kisah asalkan tak payah bayar parking. Hahahaha.. Masuk saja ke Queenstown ada sebuah pokok yang sangat besar tapi aku tak ingat apa cerita tentang pokok itu dan sebelahnya ada bangunan warisan, sebuah gereja kecil dan bar. Area kecil ni aku rasa town centre yang lama kemudian berkembang setelah Queenstown dikenali sebagai bandar Adventure di New Zealand. Extension dari bandar lama ini hampir semua bangunan baru semuanya menempatkan pelbagai kedai-kedai terutama untuk pelancongan dan aktiviti outdoor. Tempat paling famous kat town centre semestinya Queenstown Mall, sebuah street yang kira paling in la kat sini tapi tu pun kecik je. hahaha.. di sini ada sebuah kedai souvenir DF Souvenir yang dikatakan murah tapi, aku rasa harga dia boleh tahan priceyla tapi agak banyak choice bagi orang yang suka beli souvenir. Kami ni beli dulu bukan apa sebab esok takut pulak kalau xsempat nak singgah. So, beli terus la time ni.

End up aku pun pening nak beli souvenir apa untuk kengkawan dan office mate. Aku orang yang paling simple when it comes to souvenir.. sambar dan fikir kemudian, itu konesp aku. Tapi fridge magnet memang aku kumpul dan itu aku sensitif sikit bab nak pilih mana satu. Lepas bayar semua hasil pembelian kami, kami main redah je jalan-jalan bandar Queenstown. Di hujung Queenstown mall tu, korang boleh nampak Tasik Wakatipu di hadapan, Queenstown botanical garden di sebelah kiri dan more commercials di sebelah kanan. Kami terus pergi waterfront dia. Ramai orang lepak di situ dan kebanyakkannya tourist dan backpackers buat segala macam aktiviti ikut kesesuaian sendiri. So far ini tempat paling meriah di sebelah malam di New Zealand, aku rasa. Kitorang jalan di sepanjang waterfront ke arah kanan dan masuk semula ke dalam streets. Jalan ke depan sedikit crowd agak besar di situ. Ada satu kedai burger/ sandwich pork yang famous di sini sehingga panjang sekali queue nya. Di area ini juga ada pejabat aktiviti outdoor seperti AJHackett, Jucy Cruise dan sebagainya. Padanlah ramai orang di sini. Jalan punya jalan dah khatam dah pun Queenstown punye town centre. Kecik je town ni.. tak payah naik kereta pun nak keliling, jalan kaki je.




Mati akal jugakla nak jalan pi mana jam dah menunjukkan pukul 9pm dan akhirnya, kami balik hostel saja. Macam biasa, malam ni kami beraksi di dapur lagi dan menu pula maggi sajok. Hostel mate hari ni banyak yang kekwat and i dont really feel comfortable if everyone macam tengok semacam je kat kita Asians. Dalam tengah memasak tu, tiba-tiba Lauren pun datang kitchen. Dia kata hi dan kemudian datang semula, "..do you have any oil or butter?" "No, sorry I don't have" balas aku balik. "Oh, okay" Lauren masuk balik ke bilik dapur sebelah bertanya orang lain pula. Tiba masa untuk makan, kitorang pun bawa pinggan masing-masing ke bilik dining di sebelah. Tak lama kemudian Lauren datang join kitorang di meja makan. Lauren makan sayur brocolli bersama telur dan bawang digoreng bersama. Dari saat dia duduk di depan kami, dia bercakap tanpa henti bercerita mengenai pengalaman mengembaranya. Dari Brazil ke South Africa dan ke Sydney, baru masuk universiti katanya.. dan agak  kagum dengan sikapnya yang adventurous itu. Kami berborak sehingga habis dinner. Ada juga backpackers lain yang aku tegur tapi sumpah memang muka kekwat jenis nak makan selipar punya tapi mungkin sebab malam semalam hostel ini host a party, Lauren yang bagitau. Mungkin mereka letih.

Nasrul balik dulu ke bilik dan aku kembali kemudian sedikit. Sekembalinya aku ke bilik, ada dua lagi room mate yang ada di situ. Mereka dari Taiwan, boyfriend and girlfriend. Si Girlfriend sangat mesra alam menyapa dengan terlebih friendly manakala boyfriend dia pula tak cakap sepatah pun cuma senyum. Macam-macam dia tanya aku dan Nasrul, macam malas nak layan pun ada sebab macam biasalah letih tapi mood aku baik malam itu. Tak lama kemudian aku tertidur...


..bersambung

No comments:

Post a Comment

Have any queries? I'll try my best to answer them