HELLO MOUNT COOK
DAY 4: 29/03/2015
That cold mountain air woke me up from my deep sleep after a long tiring day yesterday. The Park Centre is really cruel for charging for the basic necesities, in a way its smart to get money but still, its a bit cruel for the guests. Aku pakai berlapis baju malam itu dalam 5 lapis rasanya, seluar 3 lapis termasuk yang dalam itu (Ooopss), stokin dan selimut micro fiber yang aku bawa dari rumah. Nasrul lagi kesian, xbawa selimut pun, baju pun pakai 3 lapis je lepas tu cakap tak sejuk sangat.. feeling2 beruang kutub. First thing in my mind was the hot shower dekat toilet mungkin dapat melegakan kesejukan melampau ini. Tanpa melengahkan masa aku bawa semua toiletries aku berjalan jauh gila ke toilet dalam keadaan sejuk menggigil . Memang nikmatlah bila air suam panas sedikit tu dalam pagi-pagi sejuk ni. Lama jugak aku mandi pagi tu macam tak nak stop. Tapi masa itu emas, bak kata orang.. target nak gerak ke Mount Cook National Park Village dalam 7-7.30 pagi. End up lepas habis breakfast dan berkemas semua, pukul 8 pagi lebih baru kitorang gerak and yes, with Alan. Sepanjang jalan ke Mount Cook National Park Village banyak sangat rabbits yang mati kena langgar tengah jalan. Kira macam kucing dan anjing la kat Malaysia cuma bezanya rabbits ni taklah sepintar dan sepantas kucing dan anjing. So, banyak sangatlah bangkai-bangkai haiwan sepanjang jalan.
Sepanjang perjalanan, Alan pun memang tak banyak cakap sangat orangnya, ditanya baru jawab tapi jelasnya dia memang enjoyed his whole time in New Zealand. Dalam 30 minit kemudian kami sampai sudah di Mount Cook National Park Village tapi xbercadang nak pergi situ, cuma kalau ada lebihan masa saja pergi Visitor Centre dia yang free itu. Sini banyak facilities ada termasuklah hotels, hostels and other centres seperti Sir Edmund Hillary Edmund Centre, orang pertama panjat Mount Cook dan Everest kalau tak silap. Semua tu lebih dari bajet kitorang so out of the list of priority. Dari village ni kitorang drive masuk sebuah jalan yang ditanda dengan Hooker Valley track. Ada satu lagi cabang jalan sebelum jalan ni ke Tasman Lake tapi itu bukan dalam perancangan sebab kami tak cukup masa dan satu trekking activity pun ambil masa yang agak lama. Dalam 10 minit drive, we all arrived at a parking area and by the time we're there, xberapa banyak kereta yang sampai seawal ini, adapun, campervans yang bermalam dan beberapa khemah. Aku tak boleh bayangkan macamana dorang ni berkhemah dalam keadaan sejuk ni dahlah, sini lebih tinggi.. maksudnya jauh lebih sejuk malam tadi.. GILA!. Selepas selesai Alan cakap selamat jalan dan terima kasih dia terus berjalan ke arah kiri, dan kami pula ke arah kanan. Aku siap bawa selimut micro fiber aku sebab kat sini memang sejuklah nak mampus!
Lepas ushar-ushar kawasan fasiliti yang ada di Hooker Valley base camp ni what I can say camp ground ini sangat lengkap dan bersih. Considering location dia di tengah-tengah National park yang sangat sedikit orang pekerja dan locals alike, toilet dia sangat bersih. Siap ada pantry and dining area tapi pelawat tak boleh buat unggun api dekat campground, cuma dapur gas pada capacity tertentu je dibenarkan. So, perjalanan trekking kami yang pertama di New Zealand memang dalam list aktiviti yang utama untuk dibuat sebab aku dah tengok banyak videos dan reviews from visitors who came here and it seems worth the sweat. Tapi Nasrul macam tak pasti nak trekking, sebab aku dah inform dia awal-awal yang kami akan trekking dekat mount cook dan tempoh masa anggaran pulang balik 2-3 jam. Tambah pula, pengalaman di Glentanner yang buat kami kesejukan buat dia agak hesitate nak trekking, pasti suhu di Hooker Valley lebih sejuk. Memang betul, suhu di sini lebih sejuk time kami sampai, yelah.. tinggi dan masih awal pagi, tambah lagi kawasan ini kawasan lembah yang dikelilingi gunung ganang. Pasti sinaran matahari yang masih rendah tak dapat menyinari kawasan lembah ini. Tapi aku pasti aktiviti ini akan jadi pengalaman yang berbaloi-baloi. Dalam terketar-ketar walaupun berlapis-lapis baju dipakai, kami terus berjalan. Laluan awal, kami dikelilingi pokok renek sepanjang jalan, cantik.. seakan-akan fairy tale lagi. Tak tahu macam mana nak gambar kan.. seakan-akan taman dalam hutan.
Tak jauh dari parking lot, ada sebuah tugu peringatan yang terletak di atas timbunan batu yang agak tinggi. Laluan ke situ ada disediakan, tangga yang disusun dari batuan sekitar rezab ini. Nothing special sangat jadi lepas ambil gambar kami sambung perjalanan. Time ni punaunty-aunty jepun mula memenuhi kawasan tugu more reason untuk bergerak. Sepanjang perjalanan, persekitaran mula berubah, dari rimbunan pokok renek kemudian melalui kawasan lapang berbatu dengan pokok renek lebih sparse kedudukannya. Tiba di satu kawasan, ada anak tangga yang akan mengarah ke sebuah platform batu di atas bukit kecil, point untuk melihat panorama persekitaran. Kawasan wajib bergambar, memang cantik.. dengan permandangan Mueller Lake (tasik pertama yang dilalui) dengan Mount Cook di belakang. Puas bergambar dan menghayati sekejap permandangan alam yang indah ini, kami pun turun balik untuk meneruskan perjalanan. Di hadapan, ada jambatan pertama, yang merentasi laluan sungai yang mengalirkan air keluar dari Tasik Mueller. Angin sejuk yang kuat memang lazim kalau kawasan lapang atau tasik di New Zealand, termasuklah di sini jadi aku tak mahu lama-lama atas jambatan. Air tasik mueller sangat cantik dan lembut. Tak sama dengan Tasik Tekapo atau Tasik Pukaki, Tasik Mueller tampak ber... berkrim? hahaha.. warnanya seperti warna biru dicampur dengan krim putih, seperti baby blue.
Dari seberang jambatan, tiada platform atau tempat khusus untuk view tasik Mueller, hanyalah yang sebelum jambatan tadi. Ada laluan ke gigi tasik tapi kelihatan sedikit jauh dari laluan trekking kami, jadi kami lupakan saja. Lagipun jauh lagi perjalanan kami.. Ini baru tasik pertama. Laluan kami sepanjang Tasik Mueller secara perlahan-lahan masuk ke lapangan batu semula, menjauhi tasik. Lama jugak kami berjalan, melalui track yang berbatu kerikil sesekali melalui jambatan kayu, sesekali melalui tangga.. kami tiba di jambatan kedua yang kelihatan lebih tinggi dari yang pertama. Di kelilingi batu yang besar, jambatan ini melalui sungai di bawahnya yang membawa air dari Tasik Hooker ke Tasik Mueller. Tasik Mueller juga kelihatan dari sini, tetapi Tasik Hooker masih tidak kelihatan lagi. Selepas melalui jambatan, laluan seterusnya lebih kurang sama tapi sedikit berlainan. Ada kalanya cerun, adakalanya ada batu besar yang mengagumkan, ada juga hamparan lapang yang seluas mata memandang.. perlu datang sendiri untuk mengalaminya! Sungai yang dasarnya batu menemani perjalanan kami seterusnya.. kadangkala hilang dari pandangan kerana laluan kami yang menjauhinya. Selepas ini perjalanannya lebih kurang sama tetapi sebaik tiba di sebuah lapangan yang luas dengan jelas sekali gunung di kiri dan kanan dengan Mount Cook melatari, cahaya matahari sudah semakin terasa. Pelawat yang melalui kami semuanya sudah tanggalkan baju sejuk sebab panas. Kami pun agak panas tapi masih okay lagi.
Terasa macam lama sangat kami berjalan kaki even I can feel tapak kaki aku melecet sikit tapi berbaloi sangat bila setiap permandangan indah yang kami lalui semuanya cantik-cantik belaka. Kalau ada masa lebih memang aku akan buat banyak trekking kalau pergi New Zealand lagi. Untuk mengabadikan pengalaman itu, haruslah bergambar puas-puas di sini, bukan sebab itu saja tapi juga kerana latar belakang seolah lukisannya buat gambar lebih awesome! Selepas jambatan ketiga dan terakhir ada lagi laluan terakhir untuk tiba ke Tasik Hooker. Di hujung laluan ini pelawat perlu berjalan mendaki laluan yang semakin cerun untuk sampai ke kawasan tepian Tasik Hooker. Selesai dengan dakian itu, kitorang dihidangkan dengan permandangan Tasik Hooker! Laluan berakhir dengan sebuah kawasan tempat rehat menghadap tasik glacier dari atas, Tasik Hooker. Kalau yang rajin bawa makanan tu boleh juga piknik di sini especially sekali dengan family. Tasik Hooker ni dikelilingi dengan lebih banyak batuan berbanding Tasik Mueller. Ada juga laluan pergi ke bawah untuk berada lebih dekat ke gigi tasik tapi sepertimana Tasik Mueller laluannya juga jauh lagi jalan ke bawah. Automatik cancellah! Warna air di Tasik ini sama dengan Tasik Mueller, biru susu. Cuma bezanya ada ketulan ais yang terapung di permukaan airnya. Jauh di hujung tasik pula kelihatan glacier berwarna biru vibrant yang menampakkan keratan rentas glacier apabila ianya pecah jatuh ke dalam air.
Memang syok lepak dekat tempat ni sebab kedudukannya yang tinggi terasa seperti nak terjun je dalam tasik. hahaha. Tapi, itu hanya imaginasi semata sebab tinggi sangat dari atas ke permukaan tasik, aku kira ada dalam 200-300 meter, itu belum lagi tengok dasarnya. Tambah lagi, siapa tahu suhu air tasik ini berapa kan? Yang pasti sangat sejuk! Lepas lepak sebentar dalam 45 minit di situ kami berangkat pulang. Jalan balik laluan tadi tapi kali ini lebih laju berjalan sebab sudah puas tengok view yang sama tetapi masih begitu indah permandangannya. Lagipun, demi mengejar masa juga sebab jam dah menunjukkan 11 lebih sudah. Perancangan sebenar selepas Hooker Valley ialah lunch di tepi Tasik Pukaki tetapi, nampaknya semasa dilalui semalam tiada kawasan khas untuk makan di sepanjang jalan Mt Cook, adanya di jalan ke Tekapo iaitu berpatah balik ke sana. Lebih baik cari yang on the way ke arah Twizel supaya tak bazir minyak. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk hanya makan lunch di camping facilities pantry sahaja lagipun semuanya lengkap si situ. Jalan balik memang tidak berasa jauh kerana we walked very fast back to the camping facilities building. Pada masa ni, cahaya matahari dah melitupi hampir semua kawasan lembah bermakna hari dah tengahari dan panas dah terasa sedikit.
Tengahari itu lepas makan dan kemas-kemas barang sedikit kami teruskan perjalanan mengikut perancangan itinerari yang aku buat. Memandangkan semua settle termasuklah lunch dalam jam1 petang, kitorang tak singgah visitor centre sebab perjalanan seterusnya pun jauh. Nun, ke Dunedin, bandar warisan Pulau Selatan, Selandia Baru! Jalan semalam lalu baliklah dan sudah agak familiar sampai Twizel, feeling macam local. Permandangan tanah lapang itu memang kebiasaan di New Zealand tapi laluan hari ini lebih banyak biri-biri nampaknya. Sesekali ada sekumpulan lembu yang gemuk-gemuk sihat belaka meragut rumput dan kadang-kadang ada rusa. Mula-mula pelik juga tengok ladang rusa tapi bilangan rusa dalam satu-satu kumpulan tidak besar seperti kambing biri-biri atau lembu dan rusa yang dibela tiada tanduk. Setiap ladang nampaknya serba lengkap, moden dan teratur. Itu permandangan lazim hari ini. Banyak juga tasik yang kami lalui dalam perjalanan ini tapi tidak setanding Tasik-tasik sebelum ini. Airnya masih hijau tetapi gelap dan tiada keistimewaan sangat. Pokok-pokok dan tumbuhan sekitar pula banyak yang sudah meluruhkan daunnya. Tiba-tiba kami ternampak pokok yang agak familiar, seperti epal. Dengan jakunnya nampak pokok epal liar tepi jalan, buah dah lah banyak! Sepanjang Jalan Otematata ke Oamaru memang banyak pokok epal tumbuh meliar bukanlah banyak seperti ladang tetapi mungkin setiap 300 meter ada satu. Ya.. kami jakun.. first time tengok apple di pokoknya.
Sekejap-sekejap kami berhenti untuk ambil gambar di tepi jalan jika ternampak permandangan yang menarik. setibanya berdekatan Oamaru, GPS yang kami telah setkan tadi kami jadikan panduan untuk ke Dunedin. Asalnya, nak singgah di Oamaru sebentar kerana mungkin berpeluang nak tengok penguin dan seal secara dekat dan melawati pekan Oamaru yang kelihatan menarik dalam Google Streetview tetapi GPS buat gila. Kami dibawa masuk jalan dalam yang mungkin lebih singkat dari jalan utama tetapi jalannya kecil dan berbukit bukau.. masih selesa untuk pemanduan. Jalan dalam ini permandangannya sama sahaja cuma ladang lebih dekat dengan jalan dan bererti boleh tenung biri-biri lebih dekat, tapi aku dah bosan ngan biri-biri. Aku cuma nak drive 100 km/j sampai Dunedin supaya sampai awal. Bila dah keluar dari jalan dalam, kami dah dekat Main Road menghala direct ke Dunedin di sebelah kanan dan Oamaru ke kanan. Samada mahu pusing balik nanti atau teruskan ke Dunedin? Aku takut nanti sampai hostel lambat jadi aku cakap dekat Nasrul yang kami takkan singgah Oamaru. Dia seperti biasa okay sahaja. Jadi aku ikut kanan dan terus ke Dunedin. Dari sini memang ada lagi ladang-ladang di tepi tepi jalan tapi lebih banyak penduduk di sepanjang jalan ini. Barns pun lebih banyak, rumah-rumah comel New Zealand juga banyak di sepanjang jalan ini.
Sesekali jalannya berada di ketinggian yang tinggi jadi boleh nampak permandangan yang sangat indah! Time ni kitorang isi minyak lagi sekali sebab tangki tunjuk hanya 1 bar sejak isi di Twizel semalam.
Bila ada bayangan laut mulai kelihatan di sebelah kiri kenderaan, kini kami sudah dekat dengan Hampsden, sebuah pekan kecil di sebelah tenggara kepulauan selatan. Tapi bukan pekan itu yang kami tujui, sebaliknya kami bercadang untuk singgah di Moeraki Boulders. Ianya terletak selepas melalui pekan Hampsden di kawasan pantai Moeraki. Whats Moeraki Boulders? Ianya sekumpulan objek bulat yang terdampar di pantai ini. Objek bulat ini berdiameter lebih kurang dalam 1-2 meter dan ianya bukannya buatan manusia tetapi wujud secara semulajadi. Bola ini terhasil dari gabungan cengkerang haiwan, tulang dan pasir mengalami prosesnya tersendiri setelah bertahun-tahun lamanya sehingga terhasilnya sfera semulajadi yang hampir sempurna. Cuaca di pantai Moeraki petang itu kurang baik, macam nak hujan ketika kami sampai. Bila tak lama lepas sampai dan habis bergambar, hujan renyai semakin kuat tapi masih boleh tahan. Kami pun terus balik ke kereta sebab takut nanti hujan semakin lebat nanti susah pula sebab kami ikut entry ke pantai yang free jadi kena jalan jauh sedikit. Kalau mahu sampai terus ke Moeraki Boulders boleh juga ambil entry yang lagi satu tetapi kena bayarlah $2 (kalau xsilap) kepada restoran yang menyediakan laluan ke Moeraki Boulders.
Dari Hampsden, kami terus sahaja ke arah Dunedin tanpa henti. Semakin dekat dengan Dunedin, permandangannya semakin berubah. Semakin banyak kedai dan bangunan. Jalan pun sudah lain. Tak lama kemudian permandangan Dunedin dari jauh kelihatan semasa kami melalui jalan yang terletak di atas kawasan bergunung. Beberapa minit kemudian kami sampai di bandar warisan selatan, Dunedin. Kami sampai di bandar Dunedin sekitar jam 7 petang jadi hari ini takkan singgah di bandar, lalu sahaja. Tapi from first glance memang banyak bangunan warisan di sekitar Dunedin dan yang paling famous ialah Railway Station Dunedin. Selepas melalui kawasan bandar kami terus cari hostel tempat kami bakal menginap malam ini yang terletak jauh sedikit dari pusat bandar. Sesat itu lazimla tapi GPS kali ini membantu jugaklah eventhough banyak meracau. Sampai di hostel kami terus cek in dan letak semua barangan di katil untuk tanda chop katil. Pusing-pusing keliling hostel dan kami pun keluar pergi cari Pak'N'Save Dunedin. Sudah 3 hari berlalu last kami beli barangan untuk lunch jadi, sekarang masa untuk top up makanan. Aku memang sudah rancang sejak mula selang dalam 2-3 hari pergi beli barang keperluan makanan dan minuman. Tentunya pilihan utama sebolehnya Pak'N'Save and secondly New World.
Pak'nSave Dunedin
![]() |
Kitchen hostel tempat kami menginap di Dunedin |
![]() |
Dinner, vegan macaroni.. ko hado? |
Ciao..