Monday, November 30, 2015

Day 9: 03/04/2015 - Last day in NZ. Christchurch


-------------------------------------------------------------
TILL WE MEET AGAIN, NZ
DAY 9: 03/04/2015




My last day in this amazingly beautiful country called New Zealand starts with a heavy rain. I know right? Quite a bummer. So, As usual I woke up earliest, yet again.. and aku terus bersiap sedia dan berkemas for our journey today. Sementara tunggu Nasrul habis bersiap, aku lepak-lepak kat bawah sambil layan persekitaran hostel ni. Bez tunggu aku dekat tangga, nampak masih mamai2 dia di situ. Anjing golden retriever kepunyaan pemilik hostel itu tak kacau orang.. kalau orang lalu dia selamba saja. Comel! Sambil lepak dekat lounge area di bawah, aku buatkan air kopi dan caj powerbank. Tak lama kemudian kitorang makan breakfast sebelum checkout dari hostel. Buat pengetahuan semua, ada di antara hostel di sini yang meminta penghuni untuk menanggalkan sarung bantal dan bedsheet dan letak dekat tempat yang disediakan, selalunya depan kaunter receptionist. Pagi itu, hujan semakin lebat nampaknya.. nasib baik kereta aku park tak jauh sangat pintu hadapan hostel kalau tak kuyuplah nak sampai kereta. Semalam, aku fikir ada juga kemungkinan nak pergi ke pancake rocks kalau ada masa pagi ini.. tapi hujan ini mematahkan sekaligus keinginan nak pergi ke sana lagipun kitorang sudah janji dengan Cameron dari shoestring untuk kembalikan kereta dekat tempat kami ambil hari tu dalam pukul 3pm begitu. Jadi, tak mahulah risiko lambat hantar balik kereta takut nanti dia charge tambahan pula, lagipun kena isi minyak lagi sebelum pulangkan kereta. hmmm...



So, pagi itu kami terus ke arah selatan sebelum masuk ke persimpangan ke Arthur's Pass untuk ke Christchurch. Ada juga laluan Lewis Pass yang terletak di sebelah Utara tetapi dari tripadvisor, orang lebih syorkan Arthur's Pass kerana permandangan yang lebih cantik. So, tentu sekali aku ikut Arthur's Pass untuk pergi Christchurch hari ini. hujan menemani kami pagi itu dan nampaknya hujan ni masih tak tunjuk tanda-tanda akan reda very soon. Permandangan atau tidak dah tak de makna time ni sebab bukannya boleh nampak kat luar kereta. Sekali sekala ada nampak lembu dan biri-biri yang tetap meragut tumput di kiri kanan jalan walaupun dalam keadaan hujan itu. Perjalanan hari ini tak mencabar seperti di Haast- FJG atau ke Milford Sounds. Dalam kurang sejam memandu, hujan mula reda. Permandangan sekeliling pula semakin jelas, padang luas terbentang dan sungai berlatarkan gunung-ganang. Indah sekali dan ini kali terakhir kami akan dihidang dengan permandangan seperti ini. Satu-satunya di New Zealand. Hari semakin cerah, dan matahari semakin jelas kelihatan di sebalik awan (puitis tak? hahaha..) dan di ufuk sana, pelangi muncul entah dari mana seolah-olah mengucapkan selamat jalan kepada kami. Aku tak boleh tidak berhenti ketika ini, permandangan sekeliling pula sesuai untuk ambil gambar bersama pelangi. Kitorang berhenti sebentar di tepi jalan bersebelahan sebuah padang rumput kering untuk mengambil foto. Untuk pengetahuan semua, ada antara fencing ladang di sini dilengkapi dengan renjatan elektrik. Ya, betul.. renjatan elektrik. Jadi, berhati-hati kalau nak pose-pose di tepi fencing kerana anda boleh mendapat pengalaman yang tidak manis. Nasrul terkena renjatan elektrik ketika itu, tak tahu pula sejauh mana sakitnya tapi dia kelihatan agak annoyed selepas itu.





Kami teruskan saja melalui Arthur's Pass dan permandangan seperti biasalah memang sama sahaja pagi itu. Aku nak ulang cerita pun nanti orang bosan baca.. Dalam 3 jam memandu, semakin banyak pagar pokok di tepi jalan.. more and more barns and houses as well. Sedar tak sedar, kitorang sudah pun mendekati Christchurch. Hari pertama di New Zealand kitorang tak sempat jalan pun Christchurch, cuma sekadar beli keperluan di Pak'N'Save Hornby dan isi minyak. Jadi, memang dalam perancangan yang aku telah masukkan dalam itinerary, Christchurch akan kami jelajah pada hari terakhir NZ. Tapi, sebelum kami hampir tiba.. GPS meracau lagi. Dia bawa kami pergi jalan melalui ladang orang masuk jalan berbatu.. Sabor jelah. Selepas masuk balik jalan utama, akhirnya papan tanda "Christchurch" menyambut kami. Sepanjang jalan, rumah-rumah setingkat yang bersaiz sangat kecil di sepanjang jalan. Rumah, rumah, rumah, rumah dan rumah lagi sepanjang jalan, itu yang aku dapat simpulkan. banyak rumah tapi bandar kecik. Kitorang terus pergi airport ketika itu dan rencana aku sampai airport untuk cari stesyen minyak, kemudian hantar kereta. Satu persatu stesyen minyak aku pergi ikut GPS, satu hilang entah ke mana, ditunjuk di GPS tapi tanah kosong di alam nyata dan satu lagi cuma guna kad untuk bayaran. So, aku drive ke arah town dengan harapan ada fuel station on the way ke sana dan berpatah balik ke airport selepas itu.




Dalam 10 minit selepas itu, baru kitorang jumpa fuel station dan terus isi minyak sampai penuh sebab hari tu Cameron hand over kereta kat kami dengan tank yang penuh jadi, telah ditulis dalam perjanjian dalam kertas yang kereta perlu dipulangkan dalam keadaan tangki minyak yang sama dengan semasa hari pertama. Time tu pun dah half tank lebih minyak. Dari fuel station, kami pun pergi airport semula dan jam ketika itu menunjukkan lebih kurang pukul 1 lebih. Awal lagi sebenarnya, tapi aku fikir bila sampai kat tempat letak kereta Shoestring.. perlu lagi nak berkemas barang dan bersihkan kereta sedikit. Di fuel station tadi pun pakcik di situ ada bersihkan cermin depan kereta. Perfect! Tak susah pun nak drive ke airport sebab jalannya straight sahaja. So, kitorang pun sampai di kawasan tempat letak kenderaan Shoestring. Seperti yang aku beritahu dalam entry pertama NZ, tempat aku park kereta ni bukanlah office shoestring kalau judge dari luarannya la. Nampak seperti warehouse airport je.. jadi, aku fishy sikit actually but yang penting kitorang sudah tamat guna kereta sewa di New Zealand and ZERO problems. Alhamdulillah! So, mulalah kami berdua kemas-kemas barang, bagi proper sikit kan.. makanan yang masih ada pun kami bawa dan semua sampah dibuang di tong sampah berdekatan. Dont be a litter bug dan buang sampah tepi jalan saja ya! Selesai berkemas, dan confirm semuanya dah clear, kunci kami drop saja dekat postbox di tepi pagar depan parking seperti yang disuruh Cameron.


Untuk ke airport cuma boleh berjalan kaki saja dari tempat tadi dalam 500 meter ke main terminal..  sedikit keletihan jugak nak mengangkat beg 10kg ni. Sampai je airport, semua bag kami lemparkan atas trolley.. lega wehh.. Rancangan aku, bila dah sampai airport cari tempat untuk simpan beg dan kitorang pula pergi city centre untuk jenjalan sampai malam. Setiba di bangunan utama, kami terus cari tempat simpanan beg yang terletak kat ruang check in counters. Tapi, mereka tutup pukul 6.30 petang. Spoil pula rancangan aku jadi kami pun pergi tempat lain untuk cari tempat duduk dan mencari penyelesaian. Internet di Christchurch adalah free dan unlimited jadi, kami ambil kesempatan itu untuk cuba cari jalan untuk letak bag. Ada juga tempat simpanan bag di town centre yang buka sampai lewat malam tapi Nasrul cadangkan untuk simpan beg di tempat tadi untuk semalaman dan ambil pagi esok. Elok juga cadangan itu cuma aku xpasti berapa dia akan caj untuk storan semlmn?! Tentu mahal, aku rasa. Selepas Nasrul pergi balik kedai tadi bertanya caj yang dikenakan, setiap satu bag cuma $12 sahaja dan kedai akan dibuka semula pada jam 430 pagi esok. Jadi, ok juga lah bayaran yang dikenakan dan kami pergi ke kedai 'Luggage Solution' untuk berbuat demikian.



Sebelum letak bag tadi, kami jalan sekitar airport dan bertanya kepada information counter bertanya tentang luggage storage di airport dan sempat juga bertanya bagaimana untuk pergi ke Town centre dari airport. Seorang receptionist wanita dalam lingkungan 50-an menjawab persoalan kami dengan begitu ramah dan lembut sekali.. siap syorkan kami jalan sedikit ke luar untuk dapatkan harga bus fare yang jauh lebih murah. Dia tunjukkan juga peta melalui ipad untuk menunjukkan dengan lebih jelas lokasi bus stop itu. Untuk tambang bas dari terminal airport, bayaran yang dikenakan untuk ke town centre ialah $8 dan boleh digunakan balik free jika dalam tempoh 2 jam. Tapi, kalau jalan keluar sedikit dari bangunan terminal, bus fee cuma $3.50 sahaja. Jalan sampai roundabout depan airport, pergi jalan yang straight simpang kedua dan ada bus stop di depan hotel Sudima. Dari sini korang naik Purple Line ke Christchurch via Fendalton. So, dengan bahu yang ringan kitorang terus jalan pergi bus stop depan Sudima Hotel itu. Tak lama, bas intervals dalam 15 minit satu bas dan kami pun dah naik bas ke town centre. View on the way, memang rumah sepanjang jalan dengan sekejap-sekejap nampak taman, sekejap-sekejap nampak kedai.. dan bila sampai town centre barulah terasa di Christchurch sebab bangunan-bangunan dia lebih besar dan cantik.

Kitorang berhenti kat tempat semua tourist lain berhenti.. di tepi sebuah sungai tapi sebelah kanan mengarah ke cathedral square, tempat paling ikonik kat Christchurch ni. Tapi sebelum ke sana kitorang decided nak cari bus terminal dulu. Tadi sebenarnya bas memang akan lastly berhenti kat terminal kan? Tapi sebab ikut orang kitorang turun tadi. So, nak ke terminal dia kitorang kena jalan lagi ke kanan dan terus saja ikut signboard yang ada di tepi jalan. On the way, kami lalu Re:start Mall, sebuah kawasan yang menempatkan kontainer-kontainer kargo diubahsuai untuk dijadikan ruang komersial. Macam-macamlah ada di sini, dari kedai pakaian hingga ke kedai kopi ada di sini. Meriah jugak di sini dan konsep nya menarik sekali. Kami lalu saja pedestrian mall ini, cukup tengok-tengok sekejap dan terus ke terminal bas. Jalan terus lagi, bas terminal sudah kelihatan tapi tiada bangunan tetap di kawasan terminal cuma ada hentian, dan kontena kargo menempatkan pejabat, ruang informasi dan menunggu. Sampai saja di terminal, kami terus tanya receptionist dekat kaunter seorang wanita tua dan seorang lagi dalam lingkungan 20-an. Tujuan kami untuk bertanya waktu terakhir bas ke airport dan lokasi untuk menunggu dan mereka melayan kami dengan ramah sekali. Jadi, untuk ke airport, seingat aku bas terakhir sekitar jam 1120mlm melalui purple line tunggu di platform D dan ada satu lagi bas boleh guna ke airport tapi yang itu aku tak ingat detailsnya. Untuk kepastian pergi saja ke information counter. Jangan malu dan takut, tanya saja..



Dari terminal kami jalan ke arah Cathedral Square dan melalui kawasan bangunan yang agak tinggi juga tapi Christchurch ini tidaklah sebesar mana dan Bangunannya tidak begitu tinggi. Tapi ianya bandar paling besar di South Island. Kitorang jalan terus saja sampai nampak Cathedral Square serupa macam dalam gambar dari internet. Nak tau macamana rupanya, rajin-rajinlah buat research sebelum datang ke Christchurch. Sebelum kitorang sampai, sebuah tramp pelancong melepasi kami.. tramp tradisional di Christchurch ini digunakan sejak berzaman dahulu. Kalau nak sangat naik tu boleh la bayar tiket tramp tapi untuk kitorang bukan dalam checklist. Setibanya dekat Cathedral Square, paling utama sekali korang akan nampak sebuah arca besi berbentuk obor dengan motif floral tempatan dan Christchurch Cathedral. Disebabkan oleh kejadian gempa bumi pada tahun 2011, Christchurch Cathedral masih melalui proses membaikpulih. Bayangkan dalam tempoh 4 tahun dari kejadian itu, hanya kerja-kerja memasang struktur penyokong sahaja siap untuk mengelak kerosakan yang lebih teruk. Jadi, sehingga hari ini muka hadapan gereja masih tidak dibina semula, tetapi dibiar sahaja sehingga kerja perancangan dilakukan terlebih dahulu. Ada orang yang setuju ianya dibaikpulih tetapi ada pula yang tidak setuju, takut imejnya berubah atau mungkin memburukkan lagi strukturnya yang terjejas. Apapun, aku rasa mereka perlu decide cepat sebab sayang kot biar je ikon bandar ni rosak macam tu saja.











Banyak informasi-informasi berkaitan Cathedral square dan bencana gempa bumi 2011 dipamerkan di sini. Ada juga gambar menunjukkan bangunan yang telah musnah dan gambar skyline sekarang. Sebab itulah dari awal tadi, kawasan town centre ni kelihatan agak suram dan sunyi.. masih lagi lumpuh dari peristiwa itu rasanya. Selain dari Re:start Mall, tiada shopping mall lain yang kelihatan di sini.. yang lainnya ada bangunan tinggi tapi mungkin office building. Selepas cathedral square, kami terus saja jalan tanpa arah di Christchurch.. redah saja. On the journey jenjalan ke arah Avon river, kitorang melalui sebuah taman kecik di mana ada 2 orang tempatan tengah lepak di situ. Salah seorang dari dorang yang berbadan besar datang kat kitorang dan mintak $1.. Umm. "No, no, no.." kata kami berdua sambil chow cepat2 dari area tu. Sah2kan kami tourist terus saja pengemis ni mintak sedekah dari kitorang. Entah-entah dorang ni start mengemis since that earthquake kan? Ye lah, dari tadi kami jalan, area town centre Christchurch memang seolah-olah hilang nyawa, takde life langsung.. and tentu sekali kehidupan orang tempatan sini pun terjejas sekali. Kitorang terus je jalan sehingga tiba di suatu kelompok bangunan warisan, semua bangunan-bangunan di situ mempunyai rekabentuk yang sama. Semakin dekat kitorang kat area tu, ada signboard yang menunjukkan ianya sekolah.. ala-ala hogworth? hahaha.. di belakang sekolah itu, ada sebuah taman yang mana memula kitorang nampak dari jauh. Rupa-rupanya ini Christchurch Botanic Garden. No entrance fee to this garden and its all free of charge. Tempat ni aku rasa memang sesuai sangat untuk families sebab aku boleh imagine orang picnic di sekitar area ni and just relax tengok sekeliling yang dipenuhi flora.






Kitorang datang sini pun sebab takde tempat lain di area town yang boleh lepak2 free dan at least kat sini jugak boleh tengok locals hangout in their local garden. Botanic Garden ni sangat besar area dia dan macam-macam tumbuhan tempatan yang korang boleh tengok dan sentuh di sini. Tapi banyaknya mungkin tumbuhan yang dibawa oleh orang putih bila dorang datang di bumi New Zealand ni.. kira sudah jadi local? Aku rasa ya. Sungai Avon merentasi tengah-tengah kawasan taman dan sepanjang sungai itu sesuai sangat untuk lepak sebab suasana ketenangan yang sesuai sangat dengan hari terakhir di sini buat kitorang. Ada itik dan angsa berenang dalam sungai and sekali sekala ada gondola yang lalu. Masa kitorang di sana, masih awal musim luruh.. jadi ada pokok yang sudah bertukar perang warnanya dan ada yang masih hijau daunnya.. bunga-bunga di sini pula masih kembang dan segar. Lama jugak kami di Botanical Garden hingga hampir ke semua ceruk kami pergi to kill the time in Christchurch. Sekejap-sekejap kami duduk sebentar atau ambil gambar sepanjang laluan di situ. So, dah masa muak dengan suasana taman, kitorang jalan keluar dari area tu and masuk balik ke area streets tempat kitorang bermula tadi. Time ni aku rasa jam menunjukkan dalam pukul 7 pm macam tu, so kitorang berdua ingat sebab last day here, why don't we go get a dinner meal here and maybe coffee. Tapi satu persatu street yang kitorang lalu.. semuanya tutup! Ada pun aku rasa ada nampak bar yang buka. So, terus saja kitorang pergi ke area Re:start yang kitorang pergi awal tadi untuk cekidaut sebab meriah je tengahari tadi dengan tempat makan semua.






Sunyi sepi sekali malam itu, boleh aku katakan dalam 70% kedai sudah tutup di sepanjang jalan. Setibanya di Re:start, pertama sekali, ada bar beer yang buka.. itu pasti. Tapi, kedai-kedai dalam nampaknya banyak yang sudah tutup jugak. Ada satu kawasan, ada konsep food trailer.. ada banyak premis makanan dalam 10 mcmtu tapi cuma satu saja yang buka.. lebanese kebab. Satu-satunya tempat yang aku tengok ramai orang di Christchurch! hahahaha.. Aku rasa semuanya tourist jugak. In this area, kemungkinan besar ini satu-satunya tempat makan luar yang buka.. Sedih bukan? Tapi beggars cannot be choosers.. kebab pun tak kurang enaknya. Tambah lagi ianya Lebanese. Jadi kitorang pun decided to have kebab for dinner. Both of us ordered beef kebab. Ada menu lain jugak dekat food trailer ni including chicken kebab, lamb kebab, vege kebab etc dan harga satu dlm $10. Dulu masa pergi Europe especially bahagian selatan seperti Spain dan Italy, kebab is quite common juga and the price for a kebab then was Euro 2-3 kira dlm 10-15MYR. So, kebab kat sini boleh kira sangat mahallah.. kira double harga Europe! Tapi dah takde option lain dan perut pun dah berkeroncong.. tambah lagi ada duit extra sebelum kitorang meninggalkan bumi kiwi ini, jadi oklah tu kan? Lepas habis makan kitorang cari kopi pulak.. kalau tengahari tadi, ada sebuah kedai kopi kat area dalam sikit. So, kitorang pun carilah kedai tu tapi malangnya coffee shop tutup. Kitorang decided nak cari convenient store di area berdekatan and ada jumpa satu!

Memula ingatkan nak beli kopi dekat sini tapi, mesin kopinya rosak pula masa tu. Disebabkan kiranya hampir semua area kami telah lalu dan semuanya tutup, kitorang pun tanyalah minah counter mana tahu ada kedai kopi yang dia tahu buka masa ni. Minah ala-ala punk berambut pink tu pun jawab dengan malas, kata tak ada.. dia tak tahu. So, Nasrul tanya dia lagi mana Pak'N'Save paling dekat di sini. Dia pun dengan muka dek dia bagitahu jalan terus.. melepasi tepi bus terminal, jalan je terus.. nanti akan nampak Pak'N'Save. So, kitorang pon jalan je ikut kata minah convenient store tu. Jalan punya jalan kitorang terjumpa supermarket, tapi bukan Pak'N'Save.. New World. New World pon boleh.. malas dah nak berjalan jauh lagi. Tujuan datang sini ialah nak beli souvenir untuk kali terakhir! Aku tak berani nak kata dekat mana lagi murah samada dekat Pak'N'Save atau New World sebab ada item yang murah disini dan ada yang lagi mahal. Kalau berbaloi-baloi sangat tu baik sambar terus macam coklat Whittakers aku beli ini kalau tak silap $2 saja berbanding di Malaysia RM20++.. jauh tu beza harga dia. So, shopping di New World malam itu kebanyakkan barang coklat dan ada la beberapa benda-benda lain. Selesai beli barang semua kitorang terus jalan balik ke bas station dan time tu pun sebenarnya kitorang pergi airport lebih awal dari perancangan sebenar.. ingatkan nak naik bas terakhir gitu ke airport tapi, memandangkan dok Christchurch ni pon dan mati kutu baik kitorang pergi airport dan berehat. Dalam pukul 8-9 pm kitorang bergerak ke airport naik bad Purple line. Ini permandangan terakhir New Zealand buat trip ini..



Perjalanan ke airport aku kira ambil masa lebih kurang setengah jam dan masa kitorang pergi airport ada juga tourist lain dalam bas. Untuk jimat, kitorang berhenti di luar airport seberang bus stop masa masa nak pergi town tadi dan harga pula sama. Kalau tak tentu sekali dia caj $8! Tak jauh sangat pun nak ke airport terminal, cuma sejuk je nak berjalan time malam ni. Di airport masa kitorang sampai orang yang bermalam di airport lebih kurang sama jumlah dengan masa sampai hari tu. Kali ni tak sesantai hari itu.. takada yang hampar semua peralatan tidur atas lantai. Mungkin masih awal kot, aku fikir.. Tapi, semakin gelap malam.. masih takda orang berani buat seperti rumah sendiri. Sambil tu, masa nilah digunakan oleh penunggu-penunggu airport untuk caj alatan elektronik, surf internet dan sudah tentunya tidur! Oh! plug malam tu tak berkunci.. Jadi Nasrul dan aku ambil port kerusi tepi tiang yang ada plug tu.. senang sedikit untuk urusan mengecaj. Malam itu, rupa-rupanya pengawal airport lain bertugas dan kali ini memang takda orang duduk atas lantai.. apa lagi tidur. Orang duduk je dia tegur terus. Cuma boleh tidur dalam keadaan duduk sahaja. Aku pulak tak boleh nak tidur sangat malam itu, langsung! So, tidur-tidur ayam lagi di sini sampai jam 4.30 pagi esok.....

Saturday, November 28, 2015

Day 8: 02/04/2015 - Franz Josef & The Dead Town

-------------------------------------------------------------
FRANZ JOSEF & THE DEAD TOWN
DAY 8: 02/04/2015

Pagi ini rancangan pertama ialah pergi ke Franz Josef Glacier seperti yang aku mention dalam entry sebelum ini. Untuk pergi ke sana, korang boleh pilih untuk pergi dengan tour yang ada beberapa pilihan antaranya pergi guided trekking, helikopter ride dan satu lagi aku tak ingat. Tapi, korang juga boleh pergi sendiri ke FJG dengan terlebih dahulu drive sampai ke carpark yang telah disediakan. Kalau korang merancang nak jalan kaki, ada berita buruk.. masa kami pergi, aku rasa dalam 15 minit kot perjalanan aku dari simpang tiga ke parking lot ni. Kalau nak jalan dari pekan FJG, agak jauh jugak. Kami, tak ambil tour, kitorang decide trekking sendiri sahaja.. tiket guided trekking pun sudah dalam RM200, of course kitorang ambil konsep jimat instead of bazir duit joining tour by companies yg ada menyediakan pakej2. Jadi, selepas breakfast pagi itu, kitorang terus gerak ke FJG. Selepas tiba di tempat parking, akan ada papan notis yang akan menunjukkan arah ke laluan trekking. Ikut sahaja. Memula akan melalui hutan sehingga akhirnya kitorang pun tiba di tepi lembah batu, suatu permandangan biasa di New Zealand. Aku dapat imagine kalau paras air tinggi, lembah ini akan membentuk sungai yang besar sebab kat tengahnya memang dah ada sungai berwarna turqoise tapi bersaiz sederhana. Banyak pengunjung yang datang ke sini, malah aku rasa antara point yang paling banyak pelawat sepanjang trip ini. Gigih mereka ni  nak tengok glacier.




So, jalanlah ikut laluan yang disediakan dan lazimnya ada macam penanda di tepi-tepi laluan. Sepanjang laluan, korang akan pertama sekali melalui waterfall yang tak setinggi mana.. dengan airnya terkeluar dari celah batu gunung. Ada beberapa air terjun di kawasan yang sama. Cukup berhenti sekejap sahaja. Jauh lagi perjalanan trekking ini sebab glacier langsung tidak kelihatan lagi. Yang nampak cuma puncak gunung yang bersalji. Glacier ni sebenarnya ais yang terkumpul dari salji dari atas gunung.. ais ni bergerak perlahan-lahan ke bawah dan masa ni dia jadi mampat tapi masih bergerak. Bila glacier ni tiba di bawah, bahagian ini akan masuk ke sungai dan pecah sedikit demi sedikit. Bahagian pecah tu korang boleh nampak warna turqoise yang sangat cantik! Bila ais ni cair, air turqoise ini akan mengalir si sepanjang sungai dalam laluannya. Cukup jadi saintis sekejap, cerita pasal trekking ke FJG.. cuaca pagi itu baik sekali. Panas manja sinar matahari di belakang kami dan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa di muka kami.. perfect! Suhu pagi itu pun memang sesuai juga dan selesa. Sepanjang laluan trekking, permandangan sekeliling dipenuhi dengan seluas-luasnya padang batuan.. Penuh! Macam aku kata tadi, ada sungai bersaiz sederhana membelah padang batu ni. Di tepi-tepi lembah ni pula kaki gunung dan situ ada kawasan hutan sedikit yang agak tebal.





Dalam 45 minit hingga sejam begitulah masa yang kitorang ambil untuk sampai di FJG lookout point. Semasa hendak tiba di lookout point ni, laluan trekking menjadi sedikit mencabar kerana kena daki dan turun naik cerun sedikit. Ketika melalui area ni, semua pelawat dinasihati untuk berhati-hati dan tak dibenarkan keluar dari kawasan yang telah ditandakan. Sebelum ini ada juga pengunjung yang ingkar tidak mematuhi batasan pagar yang telah di letakkan di sini dan beberapa kes kematian berlaku kerana perbuatan yang very ignorant and stupid itu. Lookout point ni pun sangat jauh bagi aku.. hanya 300 meter dari glacier! Tapi boleh nampaklah glacier yang turun dari gunung-ganang ni. Kalau diikutkan kawasan litupan glacier ni semakin sedikit dengan mendadak dari tahun ke tahun disebabkan global warming dan semasa lawatan kami masa tu, glacier dia macam ciput je.. tak seperti saiz yang aku jangkakan dari gambar-gambar di internet. Sampai sini baru sejuk itu terasa. Kami pun lepak sini kejap dalam 20 minit untuk menikmati ciptaan tuhan ini dan of course bergambar. Sudah jalan jauh-jauh semata-mata nak tengok glacier takkan tak nak lepak sekejap kan. Sebenarnya, di Mount Cook hari tu pun kami sudah nampak glacier dekat Tasik Hooker tapi lebih jauh dari ini. Bagi aku, kalau tiada masa, tak perlu pun pergi tengok glacier kat sini atau Fox sebabnya.. di Mount Cook, combo ada sekali glacier dan keadaan jalan di laluan Haast-Greymouth aku kira mencabar jugaklah.



Kami pun berjalan balik ke parking dan melalui semula laluan pergi tadi. Kali ini sinar matahari di muka dan angin di belakang.. panas. Panasnya aku rasa ada dalam 28 degrees celsius kerana di kawasan lapang luas tanpa teduhan. Kalau masuk hutan balik for sure suhu turun mendadak. So, dari parking kami terus bergerak menuju ke town dia balik. Dalam perjalanan, ada la kitorang nampak beberapa orang berjalan ke arah FJG.. mesti letih bila dah sampai. Kitorang berhenti sekejap di fuel station berfore the long journey to Greymouth untuk isi minyak dan pergi toilet. Toilet sini dalam kedai rupanya tak seperti di Malaysia, bersih pulak tu. Perjalanan hari ini akan berhenti dahulu di Hokitika Gorge sebelum kami tiba di pekan Hokitika. Kalau ikutkan perjalanan hari ini akan ambil masa dalam 3 jam saja.ke Greymouth dari FJG tapi sebab detour ke Hokitika Gorge iaitu aku jangka stengah jam, jadi mungkin dalam 4 jam lah total termasuk masa berhenti di Hokitika Gorge. Hari ini Nasrul akan drive dari FJG hingga ke Greymouth kerana perlulah tukar-tukar driver kan.. aku sengaja bagi dia jalan yang mudah hari ini. Mulanya, perjalanannya ada sedikit mencabar semasa di FJG kerana keadaan bukit bukau dan liku tapi tak lama lepas tu, flat sepanjang jalan. Aku sudah siap setkan Hokitika Gorge di GPS sejak dari FJG tadi. Kalau ikutkan jalan yang ditunjukkan di Google Earth, jalan untuk pergi akan melalui jalan utama dan belok simpang ke kanan sebelum jambatan hendak ke pekan Hokitika. Tetapi GPS gila yang kitorang sewa tu bawa masuk jalan lain yang bukan main road! Berapa kali dah kena.. hahaha. Road less travelled konsepnya.




Dalam ragu-ragu kami redah je jalan ni but lepas zoom in zoom out map dlm GPS ni memang dia bawa betul-betul pergi Hokitika Gorge. Confirm dan jalan sajok. Keadaan jalan memang nampak seperti bukan jalan utama lah. saiznya pula lebih kecil sedikit dari jalan sebelum ini tapi tak sepanjang jalan. Ada jugak lokasi pelancong di sepanjang jalan ini cuma aku rasa mungkin bukanlah point2 wajib untuk dilawati melainkan korang memang sediakan beberapa bulan in total untuk explore semua ceruk-ceruk di New Zealand ni. Dalam 1 jam setengah kami meredah jalan kampung ni, akhirnya kami tiba di Kaniere, nama yang aku familiar sebab aku memang sampai tengok kat Google Streetview untuk tengok macamana nak ke Hokitika Gorge. Belok ke kanan ke Hokitika Gorge menaiki jambatan dan ke kiri pergi ke pekan Hokitika. Seterusnya korang akan melalui jalan ladang yang zig-zag selama 1 jam lagi, kiri kanan melepasi ladang-ladang ternakan biri-biri dan lembu. Signboard menuju ke Hokitika Gorge di letak di setiap simpang since dari simpang Kaniere tadi jadi jamgan risau kalau takut tersilap jalan, cuma have to be observant. Korang terpaksa melalui jalan tak bertar selama 5 minit untuk sampai ke carpark area dia dan sampai di situ, naik bukit sedikit dan akhirnya, finish line! Sini pun ada toilet dan sesiapa yang dah menahan air kencing tu bolehlah direlease di sini.


Aku ingatkan mula-mula Hokitika Gorge ni sampai je terus boleh nampak view yang ala-ala air syurgawi itu selepas parking. Tapi tidak! kena jalan lagi dalam 20 minit ke beberapa point2 menarik di sepanjang laluan yang disediakan. Tak lama berjalan kitorang tiba di point pertama, nampak air biru turqoise yang begitu pekat! Tapi permandangan di depan sana nampak lebih cantik dan kami pun mengikut trail yang disedia. point seterusnya kitorang tiba di jambatan yang merentasi Hokitika Gorge. Lebih dekat kami dengan air berwarna ini.. memang cantik! Seolah someone has spill some colouring or something upstream. Terus sahaja menyeberang sungai, laluan trek akan tiba di sebuah platform kayu yang memandang ke arah lengkokan Hokitika Gorge. Superb! ini point paling cantik antara semua. Ada tangga yang mengarah ke bawah dan di bawah ada batuan dari sebesar guli hingga sebesar kereta bertaburan di sepanjang sungai. Di sini juga pengunjung boleh terus merasa dekat terus dengan air sungai. Magical sekali air berwarna ini dan dalam semua destinasi termasuk sungai dan tasik yang aku telah lawati di South Island ini, aku rasa Hokitika Gorge memiliki air paling turqoise aku pernah nampak dengan mata kepala sendiri! Seumur hidup! Cuma spoil satu sahaja.... Sandflies. Sandflies ni macam nyamuk, sibuk nak kacau detik-detik indah macam ni, hahaha..



Tiba-tiba seorang sosok menyapa dalam accent American, "Where are you guys from?" Aku yang masih menikmati permandangan terjaga dari ke-blur-an aku. Nasrul menjawab, "We're from Malaysia". Mereka sekumpulan pelancong yang berasal dari negara-negara berbeza, banyaknya dari Amerika aku rasa dari accent mereka. Tidak sempat pula kami berborak-borak dengan mereka tapi nampak seperti mereka bersama-sama menyewa van dan menjelajahi New Zealand. Menarik aku fikir. Macam-macam aku fikir masa tu.. macamana dorang mula berjumpa? Kumpulan mereka pula seperti terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit. Mereka pun menyapa dahulu mungkin tertanya-tanya kenapa seorang yang kelihatan seperti Melayu melancong bersama seorang oriental (akulah, ya aku nampak macam orang cina).. ada kemungkinan dari US juga kerana multiracial friends mungkin dia fikir. Tapi itu semua spekulasi aku. Habis selesai kami bergambar semua, pelancong tadi tu pun balik dan bertolak dahulu dalam van mereka sambil melambai-lambai bye kepada kitorang. Mesra alam. So far, dalam trip kali ini rata-rata, i find Americans are more friendly than others but for the tourists from other countries, they can be quite arrogant or reserved. Kitorang lunch terus saja di tempat parking sebab kami mahu sampai awal ke Greymouth dan kalau ada, sewa basikal.



Perjalanan ke Hokitika akan melalui jalan yang sama merentasi padang rumput yang terbentang luas dan setelah sampai ke simpang jambatan yang aku bgtau tadi, terus sahaja naik jambatan dan tiba di Hokitika. Sebelum ke New Zealand, aku juga ada bertanya di Tripadvisor samada lebih baik bermalam di Hokitika atau Greymouth. Rata-rata kata Hokitika sebab lebih banyak benda boleh dibuat di Hokitika. Tapi kerana hostel kami sudah dibeli awal dan harganya jauh lebih murah dari Hokitika, jadi malam ini kami akan bermalam di Greymouth. Kami lalu sahaja Hokitika tak singgah sekejap pun sebab nak pergi sangat Greymouth seawal mungkin. Tapi, Hokitika memang nampak ada aktiviti di pekannya. Dalam 30 minit kemudian, kitorang akhirnya tiba di Greymouth dan terus mencari hostel. Sampai saja di hostel, kitorang terus seperti biasa check in dan letak barang-barang kat bilik. Hostel kitorang di Greymouth ni aku tak sangka pulak vintage seperti ini. Sama seperti hostel di Dunedin di mana asalnya ialah rumah yang bersenibinakan warisan English dan ditukar menjadi hostel untuk pelawat-pelawat yang datang ke Greymouth. Cantik. Sempat juga aku round2 sebentar sekitar hostel untuk melihat-lihat fasiliti yang ada.



Later after that, Kami berdua keluar jalan-jalan.. lupa pula mahu tanya tentang basikal free. Kalau Gopro aku masih elok tentunya aku akan teringat pasal nak sewa basikal petang itu. Pekan Greymouth tak jauh pun dari hostel kitorang dalam 2 minit berjalan sudah sampai. First impression, pekan ni ada all the basic facilities for a living but after a little walk around we noticed yang semua shops kat sini tak buka! Time baru je pukul 430pm masa kitorang jenjalan, tapi almost non of the shops open. Very the dead town sangat. Paling meriah pun Mcdonalds dekat hostel kitorang. Supermarket kat sini pun aku rasa tutup. Kalau kat tempat lain supermarket selalunya buka dari jam 7 pagi sampai 10 malam tapi kat sini, judging from the outlook sudah tutup. I have no idea what has happened recently to this town sampai jadi macam ni but this town apparently suffers from a regular banjir event since its establishment. Agak teruk jugak event ni as explained at an information board around the clock tower near the waterfront. Another place that is a bit meriah kat sini is a bar near the clock tower as well where locals and tourist alike spend time to kill in the hot evening. Kereta pun memang tak banyak and the only people who strolls around town are tourists like us who wander around with no objective. Once awhile we look into shops with glass windows displaying their sale products. Seriously mati kutu tatau nak buat apa kat town ni.







Earlier on in Queenstown, Lauren told us that she went to pancake cliffs somewhere a bit out of Greymouth and it was really awesome. In order to get to this place however, we need another half an hour drive northwards. Meh.. kitorang decided tak pergi sebab its quite far and we are tired. Macam ni lah bila dah final days of travelling.. tired and a bit lazy. Bergambar pun dah kurang! hahaha.. As we walked back home, kitorg akan melalui laluan train. Tiba-tiba siren berbunyi.. menandakan train nak lalu so, we waited just to see the train pass. Ni je pun benda yang meriah dan mengeluarkan bunyi kat pekan ni. Well, we can see the train is stopping before arrival point.. and its just not moving pun. Siren kedua berbunyi lagi. Nothing happens. Tak lama lepas tu, kitorang pun dah fed up nak tunggu lagi, so we went back to our hostel. The train still not moving until its out of our sight. Balik hostel masa tu dah dalam 5-6 pm macam tu, so we just prepare our dinner terus. A lot of people in the kitchen that time, ada an old English couple, a french young couple and a family of Chinese. Kitorang selesai je masak maggi terus makan kat dining area bilik sebelah. Kat hostel ni coffee, tea, herbs, sugar, semua free. So dengan suasana yang too laid back itu, sesuailah sangat dengan minum teh di bilik dining dia yang sangat english classical sambil makan dinner. Selepas dinner, kitorang continue lepak kat situ sambil surf internet (500mb free) dan baca buku yang ada kat situ. Bilik dining ni jugalah bilik membaca dan lounge area.



Bila malam dah semakin lewat Kitorang masuk bilik untuk mandi dan berehat. Katil untuk malam ini sama seperti di FJG, konsep free seating, siapa cepat dia dapat. Kitorang dua-dua kena tidur kat tingkat atas lagi malam ini. Masa itu, roommate kitorang yang duduk katil bawah ada di bilik. Aku tengah cari plug untuk caj power bank aku dan semua macam dah kena cop. Terus aku tanya roomate tu sebab plug laptop dia disambung tapi laptopnya tak ada. "You can just use that plug I'm using" balas dia sambil sibuk mengemas kabel laptop. "Where are you from?" tanya aku untuk memecah awkwardness sebab aku dengan dia je dalam bilik masa tu. "Barcelona" dia balas balik. Pengalaman pergi Barcelona aku gunakan untuk terus borak dengan dia. Dia berhijrah ke Sydney sebaik sahaja tamat pengajian untuk mencari rezeki di sana dan sekarang bercuti di New Zealand. Katanya, gaji di Barcelona sekitar setengah sahaja berbanding gajinya di sini. Jadi, atas sebab itu dia berpisah dengan keluarga untuk mengumpul wang sebanyak mungkin di Australia. Aku lupa sama sekali nama dia dan tak lama selepas tu, dia berkemas untuk keluar sekejap. Aku fikir, mana  je pon nak pergi kat area town ni? Dead town kot.. mungkin ke bar tepi sungai tu. Anyway, selepas mandi dan surfing internet yang ada.. aku terus terlelap sampai ke pagi....








Wednesday, November 25, 2015

Day 7: 01/04/2015 - Kawarau Bungy Jump!


-------------------------------------------------------------
KAWARAU BUNGY JUMP!
DAY 7: 01/04/2015

Pagi itu aku terbangun bukan hanya sebab alarm clock aku berbunyi saja, tapi juga bunyi Lauren menyelongkar begnya yang di hadapan katil kami. Aku terus sahaja turun katil, ambil toiletries dan terus sahaja scoot to the bathroom yang terletak di bangunan utama hostel. Seperti biasa, aku sahaja yang conquer tandas.. orang backpacker ni memang santai kot konsep mereka. Tapi baguslah, malas nak berebut-rebut toilet dengan orang lain. Lama juga aku mandi pagi itu. Balik bilik, Lauren sudah hilang dari pandangan. Katanya semalam mahu buat samada Milford Cruise ataupun ke Wanaka daytrip. Tak sempat pula bertanya dia pagi ini tadi. Kami cepat-cepat sediakan breakfast dan seterusnya berkemas untuk journey hari ini. Selesai keydrop, kami pun buat round terakhir sekitar town area naik kereta sahaja. Jadi, rancangan hari ini adalah untuk menuju ke Franz Josef Glacier tetapi sepanjang perjalanan akan berhenti-henti di tempat tarikan. So, the first destination for today is Kawarau Bridge. Since perancangan ke New Zealand, aku sudah pun menyimpan keinginan untuk terjun bungy di sini. Kenapa? sebab inilah tempat permulaan bungy komersial di dunia. Datang jauh-jauh nak tarik diri? Tak mungkin aku buat begitu. Bagi aku naik rollercoaster pun takdelah cuak sangat, aku suka adrenaline rush kinda activities selagi ianya pasti selamat.

Jadi, tempoh perjalanan dari Queenstown ke Kawarau Bungy akan mengambil masa selama lebih kurang 20 hingga 30 minit. Tapi sebelum ke sana, kali ini kami singgah di petrol station dan New World Wakatipu sebelum perjalanan yang jauh ke Franz Josef Glacier. Siap reload air, roti dan tuna dalam tin, kami sambung perjalanan ke Kawarau Bungy Jump! Aku sangat excited untuk cuba melompat! Nasrul pula masih kurang pasti nak terjun atau tidak. Sekejap ya sekejap tidak. Laluan jalan ke sana akan melalui sebuah jambatan yang selari dengan jambatan untuk Bungy jump jadi, sebelum tiba di carpark korang boleh nampak orang terjun bungy. Excited! Setibanya di bangunan utama, ada laluan turun ke bawah ke ruang foyer bangunan menempatkan kawasan souvenir, ticketing, toilet, ruang informasi, kedai makan dan sebagainya.  Di luar, ada sebuah deck untuk menonton aksi lompatan bungy dari jauh. Lepas pergi toilet sekejap, kami terus ke kaunter tiket yang berada di tengah-tengah ruang foyer. Untuk aktiviti bungy ni boleh jugak dibeli online melalui website dorang dengan harga yang sama. Kalau yang lagi rajin tu boleh jugak tiap hari check kat website macam Groupon NZ kalau-kalau ada deals yang berbaloi-baloi. Tapi kitorang walk in je hari tu, and memang tak ramai pun buat bungy so, lotsa space available for everyone. Nasrul terus beli dahulu tiket sementara dia masih tidak ubah fikiran. Pihak AjHackett akan pastikan korang sahkan yang korang takda komplikasi kesihatan dan masalah berkaitan lain sebelum terjun. Dengan itu sesiapa yang nak terjun juga perlu menandatangani sebuah perjanjian pengakuan sendiri dan juga ditimbang berat badan supaya tidak kurang dan tidak lebih dari had yang telah ditetapkan.

Permandangan nak terjun separuh mati, indah bukan? ahh!

Selepas tengok satu aksi lompatan, aku pergi ke jambatan dahulu dan Nasrul akan pergi kemudian kerana sementara aku terjun, dia akan ambil gambar dan video aku. Dan sebaliknya semasa dia pula terjun. Aku rasa gementar sedikit bila berada di jambatan bungy kerana satu persatu penerjun melompat di depan mata aku. Nervous? Ada jugak. Nak tarik diri? tidak sama sekali. Aku pun bertanya kepada orang di depan aku tentang perasaan dia dan jawabnya pula ,"Very Nervous" hahaha.. dan tiba masa dia pula diikat dengan tali bungy di kakinya. Aku tanya pula seorang gadis di belakang aku,          
            "Are you nervous?"
           "Definitely, I did this because I lost on a coin flip bet. Oh sh..t" dan dia akhiri dengan nervous laugh yang sangat awkward. Hahahaha... Selesai orang depan aku, tiba giliran aku pula. Sekarang baru aku rasa really nervous! Dia akan balut tuala dikedua dua pergelangan kaki dan diikat pula dengan peralatan khas. Selepas itu, kaki memang tak boleh nak berjalan lah. Masa bangun pun kena ke depan seperti lari dalam guni. At the edge papan terjun itu, hanya tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu! Aku memang teruja nak buat tapi, bulu aku meremang tak hengat semasa nak terjun.. sedang aku nak terjun, orang belakang aku tarik.. Dia suruh aku jangan bengkokkan kaki, tebarkan tangan dan lepas sahaja badan ke bawah secara bebas. Kau.. aku memang tengah cuak ko tarik pulak. Tapi aku dengar kata dia, buat semua dia suruh dan JATUHHHHHH!!.....


Platform di mana jasad terkujur di pembaringan

Jantung aku tertinggal di platform terjunan. Badan aku sudah sampai di bawah... Aku tak jerit pun semasa terjun tapi bila dah sampai bawah baru jerit! Ahhhhh....


Sampai bawah, ada staff bungy akan datang dalam bot pelampung sambil menghulurkan batang galah plastik untuk digapai semasa korang terbalik tergantung dari atas. Kalau Sj5000 aku tak jahanam kat Sydney forsure video ini akan jadi daboom. Welll.... Berbalik ke staff bungy yang hulur batang galah tu, korang pula dalam tengah blur tu kenalah gapai cepat-cepat dan mendekati staff tersebut supaya korang akan dilandingkan ke dalam bot dengan selamat. Dari bot korang kena naik tangga di tepi sungai dan seterusnya ikut je laluan naik balik ke bangunan utama. Jauh juga jalan naik ni, masa aku sampai atas tercungap-cungap rasanya.. mungkin kerana masih tercungap-cungap terjun ditambah jalan naik yang jauh pula. Sekarang tiba masa Nasrul pula terjun. Sekarang giliran aku pula bawa barang dan ambil gambar serta video. Masih overwhelming rasanya lepas terjunan tadi tapi aku kena ambil gambar Nasrul sekarang. Selepas berbaris, tidak lama kemudian giliran Nasrul untuk terjun pula. Sekejap saja dia melompat dalam 5 saat saja ianya sudah selesai. Ya, 5 saat untuk $159.. itu sahaja aku tertanya-tanya pada diri aku samada berbaloi atau tidak sebelum datang ke sini.. Tapi apa aku boleh kata, MEMANG BERBALOI!! Suatu pengalaman yang takkan aku lupa dan sangat mengujakan! Aku ingat selepas trip New Zealand, sememangnya aku akan buat lagi bungy jumping atau mungkin skydive mengikut kesesuaian semasa lah.


aweks counter bila nak beli gambar atau video


Nasrul tiba semula ke platform akhirnya dan jelas sekali dia tengah overwhelmed with the experience.. sama seperti aku tadi, tercungap-cungap. Hahahaha.. Checklist bungy jump selesai! Nasrul terus pergi ke tandas selepas itu, sambil aku tunggu di kafeteria. Nasrul terus beli Coca-cola di kafeteria katanya boleh redakan pening. Aku tak pernah dengar pula perkara sebegitu tapi membantu jugakla lepas aku pao coke dia. Kemudian, kitorang pergi kaunter beli gambar yang dijaga oleh dua aweks cun, seorang blonde dan seorang brunette. Harga untuk gambar atau video setiap satunya $45 tapi jika mahu kedua-duanya kalau aku tak silap $80 dan ada juga option terus upload ke social media dengan bayaran tambahan $20. Memang tak lah kan.. RM60 tu! Aku ambil video sahaja, rasanya lebih berbaloi. Dia akan bagi DVD dengan casing sekali, baju t-shirt yang bertulis "Kawarau Bungy Jumper" dan sekeping sijil sebagai tanda anda seorang penerjun Bungy! Cool kan! By this time aku sudah berada dalam keadaan sepenuhnya pulih, tadi ada pening-pening sedikit. Selesai checklist yang satu ini kami rehat sebentar di kawasan foyer utama sebelum berangkat pergi ke destinasi seterusnya. Perjalanan hari ini akan jadi perjalanan yang paling lama dalam trip kali ini. Aku rujuk Tripadvisor untuk tempoh perjalanan dari Queenstown ke Franz Josef Glacier. Semua bagi jawapan berbeza dari 3 jam hinggalah ke 6 jam tetapi berdasarkan beberapa hari perjalanan, aku anggarkan hari ini mestilah 5 jam atau lebih.

Jadi tanpa melengahkan masa, aku drive kereta keluar dari tempat carpark dan berpatah balik ke arah Queenstown untuk ke Jalan Cardrona ke Wanaka. Jalan Cardrona akan menaiki bukit dan dikatakan permandangan di atas tempat wajib ambil gambar. Dalam 10 minit perjalanan akan sampai ke simpang ke Wanaka dan selepas menaiki jalan yang bercerun dan berliku, kami berhenti di salah satu platform untuk mengambil gambar sedikit. Terus sahaja perjalanan menaiki bukit, akhirnya kami melalui jalan di hadapan seperti hari-hari sebelum ini.. rata dan di kiri dan kanan padang yang luas terbentang. Seperti biasa kambing biri-biri setia menyorak untuk kami sepanjang jalan, at least itu aku rasa. Perjalanan ke Wanaka mengambil masa sekitar 1 jam sahaja kerana kami tidak berhenti-henti kali ini dan aku bawa pada kelajuan yang efisyen. Di Wanaka, kami berhenti sebentar untuk lunch di tepi tasik Wanaka. Ya, angin sangat kuat tapi kami nak jugak makan dekat picnic table kat luar. Terbang semua barang kami! Setakat ini, aku rasa angin di sini paling kuat pernah aku alami di New Zealand. Selesai saja, lunch kitorang cepat-cepat masukkan semua barang-barang dan berjalan sedikit ke gigi air tasik untuk melihat-lihat sekitar tasik. Apa aku boleh kata, Tasik Wanaka ni lebih kurang macam Te Anau.. air nya tak sebiru mana tapi jernih. Di sepanjang pesisir tasik pula dipenuhi batu kerikil. Cuma bezanya, mungkin Wanaka sedikit besar pekannya berbanding Te Anau.

Tak lama selepas itu kami teruskan perjalanan ke Franz Josef Glacier tapi, kami berhenti dahulu di petrol station di Wanaka kerana I'm worried what if there are no Petrol Station in Franz Josef. Kereta ni pula banyak makan minyak. From there, selepas isi minyak kami terus sahaja melalui jalan yang menyelusuri pesisir Tasik Wanaka dan kemudian Tasik Wanaka hilang dari pandangan. Tak jauh dari pekan Wanaka kitorang ternampak Wanaka Puzzling World di sebelah kiri. Puzzling World tak termasuk dalam checklist aku sebab takda special sangat pun, ala-ala macam I-city je. Tapi alang-alang lalu sini baik singgah sebentar dan ambil gambar sedikit. Ada entry fee kalau nak explore Puzzling World ni tapi ada jugak tarikan yang free kat perkarangan kompleks ni. Habis berlari-lari sini sana, kitorang masuk balik kereta. Dalam perjalanan, korang akan lalu Tasik Hawea selepas ini.. dan mula melalui hutan-hutan ala Twilight lagi seperti yang dilalui semasa on the way ke Milford Sounds. Tasik Hawea bagi aku kecantikannya seperti di antara Tasik Tekapo/ Pukaki dengan Tasik Te Anau/ Wanaka. Hijau airnya sedikit cantik dan terang dari Te Anau tapi tak seindah Tasik Tekapo. Kami lalu sahaja sebab nak kejar masa. Permandangan persekitaran bertukar dari padang rumput kepada pokok Twilight.. semakin lama aku memandu semakin tebal hutan Twilight ni. Mata aku sentiasa aware kepada signboard tepi jalan sebab selepas sahaja melalui Makarora, ada satu tarikan yang perlu kami singgah! Akhirnya, aku ternampak signboard tepi jalan dan kereta sewa pelancong parking berbaris di bahu jalan.




Tempat ini namanya Thunder Creek Fall sebuah air terjun yang cantik jugalah dengar ceritanya. Untuk pergi melihat this waterfall, kitorang kena berjalan sedikit mengikut pathway yang telah disediakan. Dalam 5-10 minit perjalanan, kami tiba di satu platform yang mengarah ke tangga untuk turun ke sungai berbatu di bawahnya. Air yang keluar dari celah batuan ini berwarna turqoise juga, memang cantik. Tingginya pula aku anggarkan dalam 10 tingkat macam tu kot sebab memang kelihatan tinggi punca air terjun di atas sana. Selepas selesai menikmati permandangan air terjun, kami bertolak semula dan kali ini tidak ada point-point perhentian yang aku sertakan. Thunder Creek Fall yang terakhir sehingga kami sampai ke Franz Josef Glacier (FJG). Jalan ke FJG pada mulanya melalui hutan-hutan yang termasuk dalam kawasan reserved forest, jadi keindahan hutan New Zealand korang boleh lihat disekeliling.. kadang kala melalui sungai batu dan kadang kala menaiki bukit. Lama-kelamaan, landskap sekitar pun mula berubah.. pokok mula semakin kurang. Apa yang mulanya kelihatan seperti pokok-pokok di Mossy Forest Cameron Highland berganti dengan apa aku panggil Bonzai gergasi. Pertukaran tumbuhan ini sebenarnya bermaksud korang mendekati kawasan berdekatan pantai. Ada juga tumbuhan renek berdaun seperti nanas menemani pokok bonzai gergasi. Pokok bonzai gergasi ini tingginya aku rasa dalam 4 meter macam tu tumbuh sepanjang jalan pantai yang kami lalui seterusnya selepas melalui pekan Haast. Pokok ini selalunya berbentuk seperti ditiup angin sebab angin yang kuat di pantai. Kena pergi  tengok sendiri kalau tak faham. hahaha..





Anyway, perjalanan hari ini lain sekali dengan hari-hari yang lain di New Zealand kerana kebanyakan jalan melalui pantai. Sekali sekala naik bukit lagi dan sekali sekala masuk hutan balik hinggalah kami menaiki satu jalan berbukit, cliff yang berada di sisi pantai. Kami berhenti sekejap di Knights Point, iaitu salah satu tempat yang korang boleh berhenti sepanjang perjalanan ke FJG. Di sini ada proper parking untuk semua jenis kenderaan, tandas dan viewing deck ke arah pesisir pantai Timur Laut South Island.

Point ini terletak di atas Cliff tinggi, jadi permandangan dari sini pun sangat cantik! Tapi, masa kami sampai, kawasan deck utama ditutup kerana ada kerja-kerja pembaikan tapi deck yang kedua, sedikit jauh dan permandangannya boleh tahan masih dibuka. Kami ambil kesempatan berhenti untuk buang air kecil juga alang2 ada public toilet. Walaupun toilet ni tengah hutan, sangat bersih tip top keadaannya, aku tabik betul! Jalan sepanjang Haast FJG agak mencabar juga, berliku-liku dan naik bukit saja sepanjang jalan. Tambah pula petang itu ada sebahagian tempat hujan yang agak lebat semasa kami melalui bukit. Aku tak dapat bayangkan kalau yang pandu campervan besar gedabak melalui jalan ini... memang menakutkan, tambah lagi dengan kelebaran jalan yang limited sebab terletak dalam National Park. Jam-jam seterusnya permandangan yang sama saja kami lalui sehinggalah kami tiba di Fox Glacier. Aku tak buat research tentang Fox Glacier tapi aku dengar Fox Glacier lebih senang untuk didekati kerana trekkingnya tak sejauh Franz Josef Glacier tapi of course, kebanyakkan orang lebih syorkan untuk pergi ke FJG.



Kami tak berhenti pun di Fox Glacier town sebab masa itu pun sudah lewat.. manakala jangkaan perjalanan dari Fox Glacier ke FJG mengambil masa setengah jam. Cukup sekadar tengok kawasan persekitarannya sahaja, sebuah pekan kecil. Terus sahaja ke FJG dan sebelum tiba, korang akan melalui sebuah jambatan besi ke arah kiri dan simpang jalan kecil ke kanan pula jalan ke tempat parkir FJG, tempat kami akan pergi esok pagi. Sampai akhirnya kami ke Franz Josef Glacier dan aku rasa sangat lega sekali petang itu kerana terus terang aku katakan aku risau dengan tempoh perjalanan antara Queenstown ke FJG. Tapi bila sampai, aku syukur sangat, siap berhenti di spot-spot yang dalam target aku pulak tu. Franz Josef Glacier town ni sekadar tempat perhentian untuk pelancong yang ingin melihat dengan mata sendiri glacier dan ada juga untuk tempat bermalam kerana jarak perjalanan yang jauh. Sebab tu, pekan ni sangat kecil.. malah lebih kecil dari Fox Glacier aku rasa. Walaupunbegitu, boleh dikatakan complete jugak la fasiliti untuk mendapatkan keperluan asas dan juga tambahan di sini kerana ada Fuel station, supermarket, souvenir shop, kedai outdoor activity dan sebagainya. Ada juga tarikan lain seperti Natural hotpools di pekan ini dan juga tempat informasi burung Kiwi. Hostel kami hari itu, Montrose Franz Hostel terletak di satu kawasan hostel-hostel lain.



Reception yang melayan kami seorang Maori, besar badannya. Setibanya kami dikaunter receptionist tu dia offer upgrade bilik dari 10 orang ke 6 orang that is, aku rasa not that much difference pon.. so, both of us just remain at the 10 person room because the WIFI was better. Selepas dia bagi kunci dan peta penerangan kawasan hostel, kami terus bawa semua beg dan letak di katil untuk chop. Di hostel ini siapa dulu dia dapat, bukan katil yang telah ditetapkan oleh pihak hostel jadi, setibanya kami di bilik, semua katil tingkat bawah sudah diambil.. kami pun settle down je lah dekat katil tingkat atas. Room mates hari ini semuanya tak mesra alam, dan semua perempuan.. Lepas mengatur semua benda yang perlu diatur di bilik, kitorang terus keluar explore pekan FJG sebab nak lepak kat katil tingkat atas pun, tak selesa. Tak banyak benda yang nak dilihat di pekan ni.. nada! selepas pusing satu round, itu jelah.. kecik sahaja. So, kitorang decided nak balik dan terus makan malam lepas jenjalan singkat itu. Hostel ini aku syorkan sangat kepada sesiapa yang nak singgah tengok glacier kat FJG ni atas beberapa faktor dan paling utama UNLIMITED WIFI! Yes, unlimited! Boleh update semua social media dan update family di kampung status korang. Secondly sebab ruang public dia termasuk dining, lounge dan kitchen sangatlah besar dan luas. Even so, internet taklah seelok mana di bilik, jadi selepas makan kitorang lepak sahaja dekat dining area sebab selesa dan ada plug elektrik untuk caj keperluan elektronik korang.

So, sepanjang malam tu kami habiskan dengan internet sehingga masuk tidur.. Esok, kita tengok glacier!!